Nak kurang ajar dengan orang tua pun takut, inikan nak rompak bank”– kes remaja 19 tahun rompak bank, abang buka mulut



Baru-baru ini kecoh mengenai kes seorang remaja yang ditembak mati dalam cubaan rompakan bersenjata di sebuah bank di Air Tawar 5, Kota Tinggi, Johor.

Sebelum ini ada laporan yang mengatakan remaja tersebut meminta duit sebanyak RM20,000 jika ingin bebaskan tebusan selain memaklumkan dia terpaksa lakukan rompakan atas arahan bos dan ingin menyelamatkan adiknya.

Ramai yang pelik dan mempersoalkan bagaimana remaja 19 tahun tersebut berani rompak bank di usia tersebut seorang diri, adakah remaja tersebut memang ada rekod jenayah rompakan atau sebagainya?

“Dia seorang yang lurus bendul dan peramah…”


Loading...

Ini kisah dari abang remaja tersebut, yang diceritakan sendiri lelaki itu mengenai adiknya.

“Nak kurang ajar dengan orang tua pun dia takut, inikan lagi nak merompak bank yang terdapat ramai orang.”

Itu penjelasan yang diberikan Azhari A Bakar, 31 tahun tentang adiknya yang berusia 19 tahun, yang ditembak mati baru-baru ini.

Azhari berkata adiknya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) Disleksia disifatkan sebagai orang yang lurus bendul, peramah dan sayang ibu mereka, lapor Harian Metro.

Lelaki itu berkata, adiknya Azhar atau lebih mesra disapa Doyok pada hari kejadian keluar rumah seorang diri kira-kira pukul 1 tengah hari dengan menaiki kereta Proton Wira selepas makan tengahari.


Loading...

“Malam sebelum itu, dia ada maklumkan mahu ke Mersing kata nak ikut kawan pergi cari kerja. Siangnya nampak dia tidak bersiap lagi, mak pun suruh dia keluar beli lauk. Namun, tidak lama selepas itu dia keluar semula.

“Kemudian, polis telefon rumah tanya pasal adik punya kad pengenalan mana…lesen memandu mana. Saya ingatkan dia kena tahan sebab tiada lesen memandu, tetapi dimaklumkan arwah kena tembak.

“Secara fizikal, dia (Azhar) nampak normal. Padahal, baru kelmarin (Rabu lalu) kami menyambut hari jadinya di sebuah restoran makanan laut berhampiran. Dia belanja adik-beradik makan,”

Azhari berkata ibu mereka sehingga kini masih bersedih tentang kematian adiknya itu.


Malah dia juga sakit hati kerana adiknya dituduh sedangkan ramai tak tahu cerita sebenar.

Malah, hati saya juga sakit, orang tuduh…(mereka) tak tahu cerita. Saya tahu ada orang di belakang…dia (Azhar) buat kerja itu bukan seorang, mesti ada kawan yang suruh,”

Malah katanya orang kampung juga kenal siapa adiknya itu, seorang yang lurus dan rajin membantu orang kampung setiap kali ada kenduri.

Katanya dia dan keluarga tidak sanggup tengok video yang viral berkenaan adiknya dan mengharapkan ada keadilan ke atas adiknya itu.

Takziah untuk keluarga arwah… – LobakMerah

ARTIKEL BERKAITAN: Bos aku suruh, kalau tak adik aku mati







Join our Telegram Channel
Telegram