
ENAM kakitangan agensi berita antarabangsa, Al Jazeera bersama tujuh peguam hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk diambil keterangan, 8.50 pagi hari ini.
Mereka hadir kira-kira sejam awal seperti dijangka oleh pengamal media dipercayai bagi mengelak liputan media.
Loading...
Pegawai polis memberitahu bahawa kesemua kakitangan agensi berita itu sudah ke pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) untuk di ambil keterangan.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanggil pengendali Al Jazeera dan wartawannya untuk disoal siasat berhubung dokumentari yang diterbitkan media antarabangsa itu mengenai cara Malaysia menangani pendatang tanpa izin dalam usaha mengekang penularan Covid-19.
Selasa lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata tindakan itu diambil susulan beberapa laporan polis yang dibuat susulan isu terbabit.
Loading...
"Dalam masa terdekat akan dipanggil, lagi cepat lagi bagus, ambil keterangan dan selesaikan kes. Saya secara rasmi memang tahu kertas siasatan sudah dibuka.
"Mereka akan dipanggil untuk jawab beberapa soalan. Peruntukan perundangan apa yang akan digunakan, sama ada bawah Kanun Keseksaan atau Akta Hasutan 1948 bakal ditentukan selepas mereka jawab soalan," katanya. – Hmetro
ARTIKEL BERKAITAN:
- Media Qatar Al Jazeera fitnah Malaysia rasis terhadap warga asing semasa tangani Covid-19
- Pekerja asing gaji rendah di Qatar rayu minta makan
- Ismail: Media Qatar Al Jazeera bohong, perlu mohon maaf
- Warga asing buruk imej Malaysia akan diusir serta-merta – Imigresen
- Polis mula siasatan terhadap laporan Al-Jazeera
- Imigresen buru Rayhan Kabir disyaki bersembunyi
- Sengaja saya tak komen pasal Al Jazeera supaya rakyat Malaysia boleh nilai sendiri apa hubungan mereka dengan PH – Najib
- Polis siasat Al Jazeera di bawah Akta Hasutan dan 2 akta lain
- PKR pertahan tindakan Al Jazeera, kecam tekanan kerajaan-rakyat
- Pengacara gelar Al Jazeera Al Jahiliyah dikenakan tindakan – Menteri
- Hos BernamaTV ingatkan menteri janji kebebasan bersuara
Join our Telegram Channel