Ahmad Maslan tarik balik perkataan 'gelap'



Please subscribe

Datuk Seri Ahmad Maslan secara berseloroh menarik semula perkataan ‘gelap’ yang beliau telah ucapkan di dalam Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Pontian yang mengakhiri perbahasannya menyebut perkataan gelap yang menggambarkan betapa teruk dan hancurnya kerajaan yang ditadbir oleh Pakatan Harapan selama 22 bulan.

“Era 22 bulan itu adalah era gelap dalam kerajaan Malaysia dan dalam sejarah negara kita ini” kata Ahmad Maslan.

Bagaimanapun beliau ditegur oleh Tan Sri Noh Omar supaya menarik semula perkataan itu kerana perkataan itu tidak boleh disebut di dalam Dewan Rakyat.


Loading...

“Tarik gelap. Gelap tak boleh cakap” kata Noh.

Ahmad Maslan selepas itu segera menarik semula perkataan gelap dan menukar dengan perkataan ‘tidak terang’ di dalam ucapannya.

“Saya tarik balik perkataan gelap. Era 22 bulan kerajaan ini adalah kerajaan yang.. adalah suasana di negara Malaysia yang amat tidak terang!” kata Ahmad yang mengundang dewan menjadi gamat.

Semalam perkataan gelap menjadi ‘haram‘ digunakan di dalam Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen Batu Kawan, mendakwa Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menggunakan perkataan untuk bertujuan untuk menghinanya.


Loading...

Hari ini Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memulakan sidang pagi ini dengan mengarahkan Ahli Parlimen Baling itu menarik balik kenyataan gelap yang dilemparkan kepada Kasthuri Patto.

Abdul Azeez akur lantas menarik balik dan memohon maaf atas kenyataannya semalam.

"Saya tidak ada sama sekali untuk memanggil sesiapa gelap kerana diri saya sendiri pun gelap. Allah takdirkan saya gelap. Saya menarik balik dan memohon maaf," katanya.

Sekali lagi, Azhar mengingatkan supaya Ahli Dewan Rakyat supaya lebih berdisiplin dan tidak lagi menghamburkan kata-kata kesat, ofensif, berbaur perkauman dan seksis. – Cinca

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram