Seluruh jentera Parti Amanah Negara (Amanah) Bahagian Labuan hari ini mengumumkan meletak jawatan berkuat kuasa serta merta, menyatakan kerenah birokrasi dan layanan tidak adil oleh pemimpin parti pusat sebagai alasan utama mereka mengambil keputusan itu.
Peletakan jawatan secara mengejut itu turut melibatkan sayap Wanita dan Pemuda dan 33 pemimpin cawangan bersama-sama ahli jawatankuasa mereka, yang membawa kepada pembubaran Amanah Bahagian Labuan.
Loading...
Amanah melebarkan sayapnya di Labuan pada 2018 dan mengadakan pemilihan pertama pada Februari 2019.
Chemat Mustapha, yang sebelum ini mengetuai bahagian itu berkata, peletakan jawatan itu disebabkan pemimpin parti pusat kurang memberi tumpuan pada Amanah Bahagian Labuan.
Loading...
“Kami telah hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan Amanah dalam mengendalikan isu-isu dalaman parti dan juga disebabkan perebutan dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) ketika ini berhubung jawatan perdana menteri ...kami sudah tidak yakin dengan masa depan Amanah dan perjuangannya untuk membela rakyat,” katanya pada sidang media di Labuan, hari ini. – Bernama
ARTIKEL BERKAITAN:
- Pemimpin PKR Kalabakan dakwa 2,000 ahli cabang keluar parti
- Kepimpinan PKR Sabah umum keluar parti
- Dua ADUN UPKO keluar parti, jadi ADUN Bebas sokong PN
- 50 pemimpin wanita PKR Johor umum keluar parti
- 25 AJK PKR Saratok umum keluar parti, hilang kepercayaan kepada Anwar
- Ramai ahli PKR Melaka umum keluar parti hujung minggu ini
- 600 ahli WARISAN keluar parti
- Afif sah sertai Bersatu tinggalkan PKR
- 4 cawangan Warisan keluar parti, 500 bakal menyusul
- Lebih 1,000 ahli Warisan di Libaran umum keluar parti
- PKR Jelebu hampir lumpuh, 40 ahli keluar parti hilang kepercayaan terhadap Anwar
- 500 Penyokong Warisan Sabah Sertai Parti STAR
- Ketua cawangan Serian keluar DAP
- Cabang PKR Ampang bubar, 250 ahli keluar parti
- Lagi ahli Warisan di Libaran keluar parti, sokong PM
Join our Telegram Channel