Bukit St Paul akan ditukar ke nama asal Bukit Melaka



BANDA HILIR 13 Julai – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bercadang menukar nama Bukit St. Paul kepada nama lamanya, Bukit Melaka.

Pengurus Besarnya, Mohd Nasruddin Rahman berkata, usul berkenaan dibuat bagi mengembalikan nilai sejarah bukit berkenaan yang pada awalnya milik kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.


Loading...

“Bukit Melaka adalah nama asalnya. Bila penjajah masuk Melaka nama itu ditukar kepada Bukit St. Paul. Jadi, sekarang seolah-olah kita sedang mempromosikan nama gereja yang ada di situ.

“Jadi, kita mahu kembalikan nama itu kepada pemilik asalnya iaitu kerajaan Kesultanan Melayu Melaka,” katanya dalam satu wawancara khas bersama Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya kini sedang menyediakan kertas kerja untuk menukar nama berkenaan dan ia akan dibawa ke peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk diluluskan.


Loading...

“Kita akan bawa ke mesyuarat Exco dan jika mendapat kelulusan kita boleh tukar nama Bukit St. Paul kepada Bukit Melaka. Ia hanya memerlukan kelulusan sebelum nama itu boleh diwartakan.

“Kertas kerja untuk penukaran nama itu sudah disediakan dan kita akan mengusulkannya dalam masa terdekat,” katanya lagi. – Melaka Hari Ini



Join our Telegram Channel
Telegram