Gopal Ram beri mesej, jawatan AG kekal jika ikut rancangan Dr M tahan Najib – Apandi Ali



PETALING JAYA – Bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali hari ini berkata, bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram tidak pernah menjelaskan kepadanya bukti yang terdapat dalam domain awam selepas mendesak supaya bekas perdana menteri Najib Razak ditahan dan dituduh di mahkamah.

Apandi yang merupakan peguam negara ketika itu membuat dakwaan seterusnya terhadap Sri Ram dalam afidavit yang difailkan bagi menyokong saman untuk menyingkirkan beliau sebagai pendakwa raya dalam perbicaraan kes jenayah melibatkan Najib.

Apandi berkata, Sri Ram menggunakan terma “domain awam” secara longgar disebabkan tidak berani untuk menyentuh subjek perbualan sebenar ketika mereka bertemu pada 2018.

Pada Selasa, Sri Ram berkata, beliau menasihati Apandi, tentang bukti dalam domain awam terhadap Najib dan menjadi tugasnya sebagai peguam negara untuk menahan dan mendakwa Najib.

Loading...

Sri Ram turut mengaku bertemu dengan Apandi di kediaman peribadinya pada Jan 2018, dengan mengatakan Apandi dan isterinya Faridah Begum KA Abdul; Kader menjadi sasaran cybertrooper yang mendakwa bekas peguam negara itu tidak setia, tidak cekap dan menyalahgunakan kuasanya.

Apandi bagaimanapun menafikan dakwaan itu, dengan berkata, terkejut bahawa Sri Ram “mencipat naratif itu”.

Bahkan beliau mendapatinya sangat menarik apabila Sri Ram secara tidak konsisten mendakwa beliau dan isterinya diserang cybertrooper yang dibayar oleh Najib.

Namun menurut Apandi, Sri Ram pada masa sama mendakwa beliau memihak kepada Najib berhubung isu melibatkan kesnya.

“Saya percaya Sri Ram hanya mengada-adakan cerita ini berdasarkan kenyataan ringkas yang ditulis dalam terbitan Facebook saya bahawa saya diserang oleh cybertrooper daripada kedua-dua belah pihak, tetapi naratif beliau tidak pernah menjadi subjek perbincangan pada perjumpaan tersebut.

Loading...

“Saya sememangnya tidak pernah menuduh bahawa cybertrooper pemohon (Najib) menyerang saya. Sri Ram juga tidak pernah memberikan sebaranga alasan atas sebab apa saya diserang,” katanya dalam afidavit yang dilihat oleh FMT.

Apandi juga berkata, Sri Ram tidak berputus asa untuk mendesaknya supaya mendakwa Najib walaupun menyedari tugasnya sebagai seorang peguam negara “akan segera berakhir”.

Menurut Apandi, berdasarkan pesanan dengan Sri Ram di WhatsApp, Sri Ram berasa selesa dengannya dan kerana itu cukup berani untuk membuat cadangan yang tidak masuk akal untuk menahan dan mendakwa Najib.

Beliau juga mendakwa Sri Ram lebih mengetahui tentang kedudukannya sebagai peguam negara daripada apa yang didedahkan.

“Mesej terakhir daripada Sri Ram ini merupakan satu peringatan oleh beliau ataupun satu kesalan bahawa saya sebenarnya boleh menyelamatkan diri saya dan sambung tugas sebagai peguam negara jika menuruti nasihat beliau yang disampaikan daripada Tun Mahathir supaya menangkap serta mendakwa pemohon (Najib).

“Berdasarkan juga daripada perbualan WhatsApp di antara Sri Ram dengan saya serta perbualan pada hari perjumpaan tersebut, saya percaya saya telah diberhentikan sebagai peguam negara pada 4 Jun 2018 kerana tidak menuruti permintaan mereka.”


Pada masa sama, dalam afidavit berasingan, isteri bekas peguam negara, Faridah Begum KA Abdul Kader mempertahankan hujah suami beliau Apandi berhubung dakwaan mengaitkan wujud usaha Mahathir untuk menahan Najib Razak pada 2018.

Faridah dalam afidavit yang diikrarkan pada 10 Julai bagi menyokong permohonan difailkan Najib berkata, Sri Ram mengadakan pertemuan dengan Apandi pada Jan 2018, di kediaman mereka, iaitu di Dutamas Melor, Kuala Lumpur.

Menurutnya, Sri Ram hadir ke rumahnya bersama dengan seorang peguam bernama Tey Jun Ren atau JR Tey, yang secara jelas secara tiba-tiba memaklumkan kehadirannya ke rumah Apandi selepas mendapat arahan daripada Mahathir.

“Secara tiba-tiba dalam kehadiran saya, Apandi dan JR Tey, Sri Ram berkata, Mahathir hantar saya untuk bertemu dengan anda, yang mana ia mengejutkan saya dan Apandi. Sri Ram kemudian menyambung, “dia mahu anda menahan Najib”,” katanya dalam afidavit yang dilihat FMT.

Tambah Faridah, Sri Ram turut memaklumkan segala persiapan sudah dilakukan bahkan sudah mengaturkan pasukan polis di Putrajaya untuk melakukan tindakan sepatutnya, mengikut arahan dari Apandi.

Bahkan sudah mengatur majistret untuk mengeluarkan perintah reman.

Loading...

Katanya, Apandi pada ketika itu turut bertanya kepada Sri Ram, apakah dakwaan yang dikenakan ke atas Najib, untuk bekas perdana menteri itu ditangkap. Ia kemudian dijelaskan oleh Sri Ram bahawa, “tidak kisah atas dakwaan apa untuk Najib ditahan”.

Bahkan Faridah berkata, sebelum beredar, Sri Ram turut mengingatkan Apandi supaya “think about it and come back to me”.

“Saya seorang yang beragama Islam, saya dan suami bersedia untuk mengangkat sumpah laknat melalui Al-Quran untuk menyatakan sesungguhnya bahawa perkara yang dinyatakan di atas adalah perkara sebenar yang terjadi pada perjumpaan tersebut.

“Saya sesungguhnya sedar dengan mengikrarkan afidavit ini, saya boleh disoal balas untuk mendapatkan kebenaran kepada kenyataan saya, serta keterangan yang telah saya nyatakan di atas,” katanya.

Sebelum itu, dalam afidavit sama, Faridah turut menjelaskan sudah mengenali Sri Ram lebih 45 tahun, yang merupakan sahabat rapat kepada bapanya, KA Abdul Kader KS Abdul Karim.

Bahkan, Sri Ram sendiri sering menghantar isterinya ke kedai milik ibu bapanya di Ampang Park.


“Sri Ram merupakan seorang sahabat rapat kepada keluarga saya, yang mana beliau akan sering kali datang ke rumah keluarga saya dan duduk makan malam bersama ibu bapa saya, serta seluruh keluarga saya, termasuk saya sendiri,” katanya.

Jelasnya, beliau sudah mengenali Sri Ram sejak di bangku tadika lagi dan turut memanggilnya dengan gelaran “uncle”. Namun, selepas mengahwini Apandi, dan selepas Sri Ram dan suaminya dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan, beliau memanggilnya sebagai Yang Arif atau Sir.

“Untuk memberi gambaran secara jelas betapa akrabnya hubungan Sri Ram dengan keluarga saya, bapa saya pernah membuat masakan khas untuk Sri Ram masakan vegetarian setiap kali beliau datang ke rumah.

“Sri Ram juga setiap kali bertemu dengan saya, gemar memberitahu saya mengenai masakan bapa saya dan betapa beliau suka dengan masakan ayam” katanya.

Apandi dilantik sebagai peguam negara pada Julai 2015 atas nasihat Najib sehinggalah beliau dipecat berikutan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum 2018.

Pada Januari 2018, Apandi melepaskan Najib daripada salah laku berkaitan dana 1MDB yang didakwa dipindahkan ke akaun beliau. – SuaraTV



Join our Telegram Channel
Telegram