Labuan: 100 keluar PAN masuk Bersatu



LABUAN, 17 Julai — Lebih 100 ahli Parti Amanah Negara (Amanah) Kg Bebuloh dan Kg Belukut di sini keluar parti untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Labuan, hari ini.

Penyerahan borang keahlian oleh Ketua Cawangan Amanah Kg Bebuloh Laut yang juga ketua kampung Samat Maidin, disampaikan kepada Ketua Bahagian Bersatu Labuan, Datuk Suhaili Abd Rahman, di Balai Raya Kg Bebuloh Laut di sini.


Loading...

Kemasukan ahli Amanah ke dalam parti Bersatu adalah berikutan perletakan jawatan seluruh jentera (Ahli Jawatankuasa) parti Amanah secara mengejut yang diketuai oleh Ketua Amanah Labuan Chemat Mustapha, pada 9 Julai lepas, sekali gus menyebabkan pembubaran parti Amanah Labuan.

Bercakap kepada pemberita selepas menerima borang keahlian itu, Suhaili berkata kemasukan ahli Amanah ke Bersatu adalah petanda positif bagi Bersatu untuk mengukuhkan kedudukannya di Labuan yang kini mempunyai lebih 4,000 ahli.


Loading...

“Kami mengucapkan terima kasih kepada ahli atas semangat dan kepercayaan mereka terhadap perjuangan Bersatu. Sudah tiba masanya jentera Bersatu Labuan menyatukan anggotanya dan memperkukuhkan parti di Labuan demi rakyat dan pemerintah,” katanya. – Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram