Najib bekap Saifuddin isu lesen video, tu akta lama 1981



Ini satu lagi cara PH menipu Rakyat dengan propaganda mereka.

DAP tuduh kerajaan PN mahu ubah undang-undang untuk memerlukan lesen bagi setiap orang yang merakam atau memuat naik video dalam media sosial.

Ini adalah fitnah kerana keperluan ini bukanlah benda baru.

Akta itu adalah dari tahun 1981 masa media sosial tak wujud lagi.

Dan kerajaan BN, PH ataupun PN tak pernah tuduh sesiapa yang naikkan video dalam media sosial tanpa lesen.

Loading...

Apa yang menteri PN kata ialah kerajaan mahu pinda Akta ini supaya sesuai dengan zaman media sosial dan smartfon ini agar Akta ini tidak boleh disalahguna untuk mengenakan pengguna media sosial.

Kerajaan PN tak kata mahu perlukan lesen untuk semua pengguna media sosial seperti ditipu DAP.

Tanya Gobind:

Adakah akta dan keperluan ini dah lama wujud dan jika DAP tak suka kenapa dulu Gobind tak pinda Akta?

– Najib Razak

Loading...

PENJELASAN ISU LESEN PERFILEMAN FINAS

Terdapat laporan yang tular berkaitan dengan keperluan lesen FINAS untuk perfileman berikutan jawapan saya kepada soalan yang ditujukan oleh Ahli Parlimen Kluang di Dewan Rakyat pada pagi ini (23 Julai 2020). Sebahagian daripada laporan tersebut memberi gambaran yang tidak tepat sehingga membawa kepada makna yang berbeza daripada maksud jawapan saya.

Ketika menjawab soalan itu, saya hanya menerangkan tentang undang-undang yang sedia ada, iaitu Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 [Akta 244] yang diluluskan Parlimen pada tahun 1981. Akta tersebut telah digunakan selama ini, iaitu oleh kerajaan-kerajaan terdahulu, termasuk BN dan PH.

Pada 1981, teknologi pada masa itu tiada langsung media sosial seperti Tik Tok, YouTube dan sebagainya. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) ambil maklum bahawa Akta ini perlu penambahbaikan. Ini telahpun saya nyatakan dalam sidang media Kad Laporan 100 hari saya sebagai Menteri KKMM pada 20 Jun 2020, iaitu KKMM sedang menilai semula semua undang-undang di bawah pengawasannya. Perlu ditegaskan bahawa kerajaan PN tidak pernah dan tidak berniat menggunakan Akta ini untuk menyekat kebebasan peribadi individu dalam media sosial, iaitu fenomena yang tidak wujud ketika Akta ini digubal.

Oleh yang demikian, kami di KKMM terbuka untuk menerima apa-apa cadangan dalam memperbaiki bukan sahaja Akta dibahaskan pagi tadi, malah, semua undang-undang di bawah pengawasan KKMM supaya bersesuaian dengan kehendak semasa.

Saifuddin Abdullah
Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia


Join our Telegram Channel
Telegram