Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib Razak yang didapati bersalah atas 7 pertuduhan rasuah membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Beliau didakwa dengan 3 pertuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kuasa dan 3 dakwaan pengubahan wang, selepas kerajaan Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya umum 2018.


Loading...

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan penyalahgunaan kuasa atau tambahan 5 tahun penjara.

Bekas perdana menteri berusia 67 tahun itu turut dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap satu daripada 3 pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang.

Ahli Parlimen Pekan itu dikecualikan hukuman sebat kerana umurnya.


Loading...

Hakim mengarahkan hukuman penjara itu dijalankan serentak yang bermakna Najib hanya perlu dipenjarakan selama 12 tahun. Tiada denda dikenakan atas pertuduhan pengubahan wang.

Najib ialah bekas perdana menteri pertama yang dibicarakan dan disabit bersalah atas pertuduhan jenayah susulan tindakannya ketika memegang jawatan itu. – FMT

Berita lanjut menyusul...


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram