Pasukan pembelaan Najib gagal timbulkan keraguan munasabah, kata mahkamah



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini mendapati pasukan pembelaan Najib Razak dalam perbicaraan berkaitan SRC International Sdn Bhd gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pasukan pendakwaan bagi tuduhan salah guna kuasa.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan pasukan pembelaaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tuduhan bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkenaan jaminan kerajaan bagi pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC International.


Loading...

Najib didakwa menggunakan jawatannya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan untuk suapan bagi dirinya berjumlah RM42 juta apabila beliau mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan kerajaan memberikan jaminan bagi pinjaman itu.

Najib dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Presint 1, Putrajaya antara 17 Ogos 2011 dan 8 Feb 2012.

Akta memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, dan denda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – FMT


Loading...

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram