
Pertuduhan yang dirancang ke atas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah ditangguhkan ke 28 Julai.
Sebelum ini, dia sepatutnya dijadualkan untuk dihadapkan ke mahkamah pada 22 Jun. Namun, mahkamah rendah itu terpaksa menangguhkannya ke esok susulan dia dimasukkan ke sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah kerana vertigo.
Ketika dihubungi oleh Malaysiakini petang tadi, timbalan pendakwa raya Wan Shaharuddin Wan Ladin mengesahkan bahawa pertuduhan esok ke atas Adun Melalap dari parti Warisan itu telah ditangguhkan hingga 28 Julai.
Loading...
"Betul," kata Wan Shaharuddin ketika ditanya mengenai penangguhan berkenaan.
"Dia ada program dengan 'KM' (Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal)," kata TPP itu.
Ketika dihubungi petang tadi, peguam bela Peter, Mohamed Haniff Khatri Abdulla juga mengesahkan bahawa pertuduhan yang dijadualkan esok itu telah ditangguhkan ke 28 Julai.
Sebelum ini pada 21 Jun, adalah dilaporkan bahawa Peter akan menghadapi tuduhan jenayah baru, kali ini di Kuala Lumpur.
Loading...
Peter juga telah didakwa dalam dua pertuduhan berasingan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.
Pada 11 Jun, Peter dituduh dengan lima tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM8.75 juta.
Pada 18 Jun, dia dituduh dengan tuduhan bersubahat dengan jenayah pecah amanah berjumlah RM15,545,400 yang melibatkan perjanjian tanah antara 2014 dan 2015. – Mkini
ARTIKEL BERKAITAN:
- Umno Sabah desak SPRM siasat kontrak jalan raya RM1.55 bilion
- Naib presiden Warisan dituduh pengubahan wang haram RM8.75 juta
- Najib explain kenapa Peter Anthony didakwa sekarang selepas 2 tahun
- Michael Ubu ditahan SPRM, direman esok
- Peguam direman 7 hari dalam kes tanah Risda di Sabah
- Peter Anthony masuk wad, pendakwaan ditangguh 10 Julai
Join our Telegram Channel