KENYATAAN MEDIA
Saya kesal dengan tindakan memberi tekanan kepada warga media, termasuk yang terkini melibatkan Aljazeera.
Media perlu memainkan peranan melapor dengan bebas. Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud media bebas menerbitkan berita palsu atau tidak sahih.
Semak imbang ini memerlukan bukan sahaja Kerajaan yang faham fungsi media dalam memantau perjalanan pentadbiran, media yang beretika, tetapi juga rakyat yang mampu menilai maklumat yang disampaikan Kerajaan dan media.
Loading...
Saya gesa YB Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah untuk bertindak segera meyakinkan para wartawan, editor dan warga media bahawa Kerajaan hari ini tidak anti media atau anti kebebasan bersuara, selain memberi komitmen tindakan-tindakan tekanan terhadap media akan dihentikan segera.
Saya juga gesa Kerajaan agar meneruskan usaha mewujudkan Majlis Media agar isu-isu berkaitan media dapat dibincang dan diusahakan secara sistematik, tanpa menjejas persepsi umum termasuk komuniti antarabangsa, dan tanpa menyebabkan media menjadi ‘pak turut’ Kerajaan.
YB Menteri perlu segera bertemu dengan Jawatankuasa Sementara Majlis Media sebagai tanda komitmen beliau sendiri terhadap kebebasan media. Kegagalan atau keengganan bertemu Jawatankuada tersebut bermaksud beliau dan Kerajaan tidak lagi komited kepada prinsip kebebasan media.
Loading...
April lalu Malaysia dilaporkan berada di tangga ke-101 dalam indeks Kebebasan Media 2020. Malangnya, tindakan-tindakan yang diambil terhadap media di bawah PN jelas akan menjejaskan kedudukan negara dalam carta Reporters sans frontières / Reporters Without Borders / RSF tersebut.
Media yang bebas adalah tiang seri demokrasi.
Bila media dikongkong, minda rakyat bakal terkurung.
Fahmi Fadzil
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Jurucakap KEADILAN bagi Komunikasi, Seni dan Budaya
ARTIKEL BERKAITAN:
- Media Qatar Al Jazeera fitnah Malaysia rasis terhadap warga asing semasa tangani Covid-19
- Pekerja asing gaji rendah di Qatar rayu minta makan
- Ismail: Media Qatar Al Jazeera bohong, perlu mohon maaf
- Warga asing buruk imej Malaysia akan diusir serta-merta – Imigresen
- Polis mula siasatan terhadap laporan Al-Jazeera
- Imigresen buru Rayhan Kabir disyaki bersembunyi
- Sengaja saya tak komen pasal Al Jazeera supaya rakyat Malaysia boleh nilai sendiri apa hubungan mereka dengan PH – Najib
- Polis siasat Al Jazeera di bawah Akta Hasutan dan 2 akta lain
Join our Telegram Channel