Selepas sejam Musa masih dihalang masuk laluan Istana Negeri



SELEPAS lebih sejam, rombongan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman masih belum dibenarkan untuk memasuki laluan ke Istana Negeri.

Tinjauan mendapati peguam yang mewakili Musa Aman sehingga kini masih berunding dengan polis walaupun dalam keadaan hujan lebat.

Loading...


Bagaimanapun keadaan terkawal dengan kawalan ketat sepasukan polis di laluan masuk ke Istana.
Turut berada di lokasi Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji. – Hmetro

Loading...

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram