Syarikat mohon maaf cetak logo Jata Negara dalam kasut



Kuala Lumpur – Pengeluar kasut jenama Beethree membuat permohonan maaf terbuka kerana mencetak logo Jata Negara di bahagian ‘insole’ (dalam kasut) yang dikeluarkan syarikat terbabit.

Beethree melalui satu kenyataan media yang dikirim kepada SuaraTV berkata kesilapan tersebut ekoran kekurangan pengalaman dan telah mengarahkan pemberhentian produk tersebut serta-merta.

“Kami dari syarikat BeeThree Footwear ingin membuat permohonan maaf di atas kesilapan syarikat kami yang telah meletakkan logo Jata Negara di bahagian insole seperti yang tular di media sosial hari ini (semalam).

Loading...

“Untuk makluman semua, syarikat kami telah memberhentikan pengeluaran produk yang mempunyai logo insole tersebut sebelum ini. Pihak kami telah menyedari akan kesilapan kami yang telah meletakkan logo tersebut disebabkan kekurangan pengalaman kami.

“Sehubungan itu suarikat kami telah menjelaskan semua salah faham ini kepada pihak berkuasa. Syarikat kami sekali lagi ingin memihon ribuan ampun dan maaf di atas kesilapan tentang perkara ini,” memetik kenyatan media tersebut.

Semalam warga netizen membidas syarikat pengeluar kasut tersebut kerana disifatkan sebagai tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat di negara ini.

Loading...

Ia ekoran gambar yang memaparkan logo Jata Negara di dalam kasut tersebut tular media sosial.

Terdahulu Editor buku ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’ dikesan melarikan diri ke luar negara kerana menghina logo Jata Negara.

Dia disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama 2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 8(1) Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – SuaraTV

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen kecoh lambang Jata Negara dicetak dalam kasut





Join our Telegram Channel
Telegram