Adi Putra dan Adi Putra join Umno



KUALA LUMPUR – Aktor Adi Putra kini sah menjadi ahli UMNO apabila menerima kad keahlian daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Pelakon KL Gangster itu juga mendedahkan pernah dilamar oleh DAP, Bersatu dan parti yang lain, namun, beliau memilih UMNO.

“Saya pernah dilamar oleh DAP, Bersatu dan yang lain. Tapi maaf, UMNO pilihan saya.



“Terima kasih Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas keahlian saya,” katanya dalam satu hantaran di akaun Instagramnya, hari ini sempena hari kemerdekaan Malaysia ke-63.

Adi Putra turut menulis, ada yang nyatakan Melayu malas, Melayu mudah lupa namun, beliau berpendirian sebaliknya.

“Tapi saya katakan kepada Datuk Seri (Ahmad Zahid) takkan Melayu hilang di dunia. Bersatu, Bersetia, Berkhidmat.

Sebelum ini Zahid turut menerima borang penyertaan UMNO dari seorang lagi Adi Putra sewaktu berceramah di Slim dalam kempen pilihanraya kecil yang lalu.



Zahid mendoakan Adi Putra Abdul Ghani, seorang genius matematik yang pernah mengemparkan negara dengan kemahiran matematiknya ketika waktu kecil akan menjadi pemimpin UMNO yang gemilang pada masa depan.

“Baru-baru  ini bersama anak muda, Adi Putra Abdul Ghani, genius matematik yang menyertai UMNO. Tahniah. Semoga menjadi pemimpin gemilang pada masa hadapan,” kata Ahmad Zahid.

Adi Putra yang lahir 27 Januari 1999, pernah menggemparkan negara dengan kemahiran Matematiknya pada usia yang sangat muda.

Beliau terkenal dengan kemahiran dan penyelesaiannya dalam pengajaran matematik menerusi algebra dan trigonometri. – SuaraTV / SuaraTV / Cinca



Join our Telegram Channel
Telegram