Kota Melaka (DAP) terdiam kena sound dengan Speaker


Please subscribe


Dewan rakyat kecoh lagi apabila perbahasan Ahli Parlimen Pasir (PAS) Ahmad Fadhli Shaari yang mengulas tentang pemimpin yang tidak memakai topi keledar yang dibangkitkan oleh pembangkang, diganggu oleh Ahli Parlimen Kota Melaka (DAP) Khoo Poay Tiong.

Ahmad Fadhli sedang memberi contoh pemimpin dari pembangkang yang tidak memakai topi keledar seperti Menteri Besar negeri Sembilan Dato' Seri Aminuddin Harun dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Shafie Apdal sebelum diganggu oleh Poay Tiong yang secara tiba-tiba membangkitkan isu Ahli Parlimen Kuala Nerus Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Attakiri yang melanggar kuarantin apabila pulang dari luar negara.

Yang Dipertua Speaker Dewan Datuk Azhar Azizan Harun menemplak Poay Tiong yang dilihat terus menganggu perbahasan Ahmad Fadli dengan isu yang bukan sedang dibincangkan.



“Kota Melaka, tolonglah! Kita dah tak ada masa. Nak 10-15 minit setengah jam cakap, tapi cakap tak ikut isu. Kamu boleh duduk tak?

“Tolong duduk! Saya rasa Pasir Mas dah nak habiskan dia punya ucapan tu. Dia tak bagi laluan lagi.” kata Speaker.

Bersetuju dengan Poay Tiong dalam isu kuarantin namun Ahmad Fadhli memaklumkan ia bukanlah tajuk perbahasan yang sedang dibincangkan kerana Dewan waktu itu sedang membahaskan isu berkenaan undang-undang pemanduan mabuk.

Poay Tiong yang masih menganggu perbahasan Ahmas Fadhli ditempelak sekali lagi Azhar Harun kerana membuang masa dewan dengan topik yang bukan sedang dibincangkan dan mengugut untuk menghalaunya keluar.



“Saya dah usir sorang itu hari. Kemudian saya dah kena kutuk dekat luar. So, jangan bagi saya usir lagi. Silakan Pasir Mas.” tegas Speaker.

Perbahasan Ahmad Fadhli sekali lagi diganggu pula oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad yang bangkit mempertikaikan perkara yang sekali lagi bukan isu yang sedang dibahaskan.

Dzulkefly persoal mengapa Pasir Mas tidak puji kerajaan sebelum ini yang sudah berjasa melaksanakan e-hailing terkawal, memperkenalkan pas bulanan dan menyelesaikan masalah monorail.

Tanpa menolak perkara yang telah dilaksanakan oleh PH, Ahmad Fadhli sekali menekankan yang Dewan sedang membahaskan undang-undang pemanduan mabuk bukan isu yang dibangkitkan oleh Kuala Selangor.



“Saya sentiasa memberikan kredit kepada apa-apa kebaikan yang dibuat oleh kerajaan yang lalu termasuk Kuala Selangor memperkenalkan larangan merokok di premis restoran dan sebagainya.

“Cuma yang kita bincang pada hari ini ialah berkenaan undang-undang pemanduan mabuk yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan PH.

“Soal lain kita bincang pada kesempatan yang lain.” jawab Pasir Mas yang mengakhiri ucapannya dengan isu topi keledar.

Netizen rata-rata menepuk dahi dengan kualiti perbahasan pembangkang di dalam dewan yang tidak berdisiplin, tidak mengikut topik yang sedang dibahaskan dan banyak membuang masa Dewan. – Cinca


ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram