MPKJ pun kena sawan MBSA, ugut roboh garaj kereta



Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) hari ini dikecam oleh netizen apabila seolah-olah ‘tersampuk sawan’ yang menjangkiti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Menurut hantaran yang dibuat oleh Helme Hanafi, MPKJ telah memberi notis kepada penduduk di Bukit Mahkota untuk merobohkan garaj-garaj di hadapan rumah masing-masing.

Menurut Helme lagi, MPKJ juga turut memberi notis untuk merobohkan pondok-pondok Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Bukit Mahkota.

“MPKJ pun dah kena sawan MBSA ... hantar notis nak robohkan garaj2 depan rumah penduduk di Bukit Mahkota yang tak ada kaitan dan tak ganggu sapa2.



“Habis pondok2 KRT pun nak roboh juga.” kata Helme.

Beberapa hari lalu MBSA telah mengeluarkan kenyataan bahawa penyitaan dilakukan kerana gerai-gerai berkaitan telah menganggu jalan.

Namun tindakan MBSA semakin agresif apabila mula merobohkan gerai nasi lemak, gerai burger serta 16 gerai lain.

Tidak cukup dengan itu MBSA terus mengamuk merobohkan binaan di hadapan rumah sebagaimana hantaran yang dimuatnaik oleh MBSA di facebook mereka sendiri.



Kini nasib yang sama menimpa penduduk Bukit Mahkota apabila ke semua mereka telah menerima notis binaan di hadapan rumah untuk dirobohkan.

Helme kecewa dengan tindakan MPKJ yang dilihat senada dengan MBSA kerana lebih fokus kepada perkara yang tidak penting dan bukan sepatutnya.

“Orang suruh fokus tutup kedai judi... depa fokus nak kacau hidup rakyat.

“Semoga rakyat sedar dan tukar kerajaan Selangor ni.” kata Helme lagi. – Cinca



ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram