PRN Sabah: PCS bertanding dengan cukup kerusi untuk bentuk kerajaan, kata Anifah


Please subscribe


[KEMASKINI] Kota Kinabalu – Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Anifah Aman berkata, parti itu akan bertanding secara bersendirian tanpa kerjasama dengan parti-parti lain.

Menurutnya, Sabah memerlukan parti tempatan untuk mempertahankan negeri itu dari ancaman luar seperti tuntutan oleh Filipina.

“Saya mantan Menteri luar, saya katakan itu sebelum pilihanraya… pemimpin, kalau tidak kenali, tidak bijak, tidak bersatu, tidak bersuara Filipina akan menuntut Sabah ini sebagai sebagai satu dari wilayah mereka maka anak cucu cicit kita akan menjadi pendatang, pengemis.



“Kalian sanggup, jadi pengemis”, tanya beliau sambil disambut “tidak” oleh mereka yang hadir.

Anipah berkata demikian melalui satu klip video berdurasi 3:43 minit yang di kirimkan kepada SuaraTV.

Beliau turut menegaskan PCS akan bertanding sejumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri.



“Bukan satu bukan dua bukan tiga tapi kita akan bertanding sejumlah kerusi (agar) kita boleh membentuk kerajaan negeri Sabah...”.

PCS juga katanya akan fokus kepada kawasan yang mereka boleh menang kerana tidak mahu menjadi seperti pepatah Melayu, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

“Pastikan Parti Cinta Sabah menang dalam pilihanraya negeri (nanti)”, katanya diakhir klip video tersebut. – SuaraTV

ARTIKEL BERKAITAN: Anifah ganti Shafie dan Musa



Join our Telegram Channel
Telegram