Rafizi, Izzah dan saya adalah sahabat – KJ


Please subscribe


"Gabungan saya, Rafizi dan Izzah mungkin tidak pada kehidupan ini, tapi kami kekal sahabat dalam politik.

Saya setia kepada UMNO, mereka setia kepada PKR", kata KJ.

Ini penjelasan Ahli Parlimen Rembau YB Khairy Jamaluddin mengenai persahabatannya dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dan bekas Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli.


Loading...

MENTERI Sains, Teknologi dan Inovasiitu sebelum ini dilapor bertemu dengan figura politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli.

Ia susulan Ahli Parlimen Rembau itu memuatnaik sekeping gambar dalam Twitternya pada 27 Julai lalu.

Terdahulu, wujud desas-desus mengatakan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, bekas Naib Presiden PKR, dan bekas Ahli Parlimen Pandan itu akan menubuhkan parti bersama.


Loading...

Spekulasi tersebut timbul selepas mereka dilihat kerap bertemu dan didakwa merancang gerakan wadah politik baharu berteraskan orang muda.

Bagaimanapun, spekulasi kekali sebagai sepkulasi apabila ketiga-tiga pemimpin muda itu masih belum membuka mulut menjawab dakwaan tersebut. – Astro Awani/Cinca




Join our Telegram Channel
Telegram