Tular video Mike Tyson solat berjemaah, netizen persoal pakaian imam


Please subscribe


Dua orang peninju terkenal dunia iaitu Badou Jack dan Mike Tyson menjadi tumpuan dunia Islam apabila video rakaman mereka berhenti untuk solat menjadi tular.

Momen tersebut sempat dirakam dan dikongsikan oleh Badou Jack sendiri menerusi laman Instagramnya semalam.



Difahamkan kejadian itu berlaku sebelum mereka memulakan latihan harian mereka di sebuah kafe.

Di dalam video tersebut jelas kelihatan mereka seolah-olah sedang solat dalam satu ruangan di sebuah kafe sambil diperhatikan oleh beberapa orang yang berada di sekitar kawasan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diterima oleh Badou Jack yang rata-rata peminat meluahkan rasa kagum serta syukur dengan sikap mereka berdua.



Namun video itu tidak terlepas dari komen netizen yang mempersoalkan imam yang memakai seluar pendek hingga ternampak lutut.

Apa pun, biar pun sibuk dengan aktiviti harian namun mereka masih sempat meluangkan masa untuk solat berjemaah. – Cinca



Join our Telegram Channel
Telegram