3 tertuduh kes tikam bunuh, gilis stesen minyak JB 2017 dilepas dan dibebaskan, macam kenal je peguam tu



Beberapa tahun lalu sekitar Disember 2017 negara kita dikejutkan dengan rakaman video yang memaparkan seorang lelaki digilis sebuah kereta BMW di stesen minyak yang terletak di Taman Pelangi, Johor Bahru.

Kini selepas hampir tiga tahun, tiga tertuduh yang terbabit dengan kes tersebut dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh dan bersubahat melakukan jenayah bunuh itu.

Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Dr Shahnaz Sulaiman terhadap Gan Jia Ji, 22, Yip Kah Hou, 26, dan Woon Kian Hui, 25 di Mahkamah Tinggi Johor Bahru.

Ia susulan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kes itu dan beberapa alasan yang menyebabkan semua tertuduh dilepas dan dibebas.



“Mahkamah mendapati bukti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang kabur dan tidak jelas untuk mengaitkan ketiga-tiga tertuduh dalam kes ini.

“Bukti asid deoksiribonukleik (DNA) yang diambil juga tidak sepadan dengan darah yang ditemui di lokasi selain tiada siasatan dilakukan terhadap bukti alibi.

“Pendakwaan juga gagal mengaitkan kereta BMW yang didakwa digunakan tertuduh untuk melakukan jenayah berkenaan,” katanya ketika membacakan penghakimannya.

Dalam kejadian yang berlaku pada 17 Disember itu, tertuduh pertama Jia Ji bersama lima lagi suspek yang masih bebas didakwa menyebabkan kesalahan pembunuhan dengan menyebabkan kematian seorang lelaki, Tan Aik Chai pada jam 7.30 malam.



Untuk kesalahan itu, beliau dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama dan sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Manakala tertuduh kedua dan ketiga Kah Hou, dan Kian Hui didakwa bersama dua lagi yang masih bebas bersubahat dengan Jia Ji dan lima lagi yang masih bebas melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Aik Chai pada lokasi dan waktu sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suriani Ujang dengan Gan diwakili Datin S Freda,Che Azlin Farahannis Evani,Foo Fang Leong dan Veeranesh Babu.

Yip pula diwakili oleh Chuah Shyne Chien manakala Woon diwakili Ram Karpal Singh dan Harshaan Zamani.  – Vocket / Bharian





Join our Telegram Channel
Telegram