Ahmad Fedtri terlibat kemalangan, selesai jalani pembedahan malam tadi



PENGACARA dan penulis lirik terkenal Ahmad Fedtri Yahya, 39, terlibat dalam kemalangan kecil pada Rabu.

Isteri Fedtri, Nurul Anati Ismail, 35, memaklumkan hal itu menerusi Instagram dan memohon orang ramai mendoakan suami segera sembuh.


“Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi.

“Banyak kecederaan di muka. Semuanya sudah dijahit sempurna.

“Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya, ” tulisnya.


Sementara itu, wakil TV3 memaklumkan, Fedtri mengalami kemalangan melibatkan basikal yang berlaku di tempat letak kereta Sri Pentas selepas tugasan siaran langsung program Malaysia Hari Ini pada pagi Rabu.

Fedtri mengalami kecederaan di kening dan bibir selamat menjalani prosedur rawatan di sebuah pusat perubatan di Damansara, Petaling Jaya.

Rata-rata rakan artis dan pengikutnya mengucapkan takziah dan mendoakan agar penulis lirik lagu Basyirah itu diberi kesembuhan. – Mstar


Fedtri mengalami kemalangan itu selepas tugasan program Malaysia Hari Ini, Rabu.


Join our Telegram Channel
Telegram