Bubar Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)
adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negara.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman, berkata ia langkah terbaik
daripada membiarkan perbuatan melompat parti yang mengakibat keadaan negara
huru-hara.
"Muhyiddin Yassin ada pilihan, dia boleh bubarkan Dewan Rakyat dan pilihan
yang terbaik adakan PRU, baru biar rakyat tentukan siapa dapat mandat.
"Lompat melompat parti dah jadi macam kartun, dah jadi politik caca marba.
Bubar saja Parlimen bagi pada rakyat biar rakyat tertentukan.
"Yang melompat (parti) tentu ada ganjaran, wakil rakyat boleh dijual beli beli
dengan duit dan pangkat apa jenis politik kita ini, kita nak wakil rakyat yang
bekerja, berwibawa dan berintergriti," katanya kepada Malaysiakini.
Tajuddin berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan politik semasa
hari ini yang menyaksikan Presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai
majoriti bagi membentuk kerajaan.
Anwar memaklumkan perkara itu dalam sidang media berkenaan di Hotel Le
Meridien di Kuala Lumpur tengah hari tadi.
Pada sidang media sebentar itu, Anwar mendakwa dia sudah memiliki sokongan
majoriti yang kukuh dan meyakinkan namun enggan mendedahkan jumlah anggota
parlimen yang memihak kepadanya.
Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata bahawa lebih wajar jika dia
menyerahkan jumlah sokongan wakil rakyat itu kepada Yang di-Pertuan Agong
terlebih dahulu.
“Jumlahnya (sokongan) kukuh dan menyakinkan, jauh daripada majoriti kecil,
bukan, empat, lima atau enam (kerusi) tetapi majoriti,” kata Anwar.
Tajuddin berkata, Anwar boleh membuktikan yang beliau mempunyai majoriti bagi
membentuk kerajaan di Dewan Rakyat.
Katanya, Ketua Pembangkang itu perlu membuktikan yang beliau mendapat sokongan
majoriti di Dewan Rakyat.
"Kalau dalam Parlimen ada perubahan dan dapat sokongan majoriti baru boleh
iktiraf sebagai alasan jatuh kerajaan (yang ada kini).
ARTIKEL BERKAITAN:
- TERKINI: Anwar dikatakan dapat sokongan 20 wakil rakyat dari PN untuk bentuk kerajaan
- [VIDEO] TERKINI: Anwar umum majoriti kukuh, 'kerajaan Muhyiddin jatuh'
- TERKINI: Anwar umum majoriti kukuh, 'kerajaan Muhyiddin jatuh'
- Amanah 100% sokong Anwar tubuh kerajaan baru
- Semua 18 MP PAS tidak bersama Anwar, kata Tuan Ibrahim
- 42 ahli Parlimen DAP sokong Anwar PM, kata Guan Eng
- Umno tak dapat halang wakil rakyatnya sokong Anwar – Zahid
- Istana Negara sahkan Anwar sepatutnya menghadap Agong semalam
Join our Telegram Channel