Jamal kembali bertuala, kambing punya MB Selangor



Pemimpin akar umbi kontroversi Umno Jamal Mohamad Yunos kembali lagi dengan gimik menariknya, kali ini bagi menyatakan kekesalan terhadap masalah air di Selangor.

Sambil bertuala di tepi sungai, dia menyeru orang ramai hadir ke pejabat pentadbiran Selangor di Shah Alam pada Khamis ini bagi “menumpang mandi”.



Dia meminta peserta bantahan itu memakai tuala, menyelitkan berus gigi di telinga dan membawa gayung.

Tiga tahun lepas, Jamal hadir ke pejabat menteri besar di Shah Alam dengan bertuala bagi menyatakan bantahannya terhadap masalah air yang berlaku di negeri itu.

Imej itu menjadi tular dan sentiasa dikongsi kembali warga maya setiap kali masalah air berulang di negeri itu.



Kerajaan Selangor ketika itu dipimpin oleh Azmin Ali.

Pemimpin gerakan Baju Merah itu kerap mencuri tumpuan dengan menganjurkan siri bantahan terhadap kerajaan negeri menerusi pelbagai aksi dan gimik.

Dia juga pernah mengusung keranda dan membawa katil serta mengadakan demo mengurut di depan bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. – Mkini

ARTIKERL BERKAITAN:


Please subscribe



Please subscribe




Join our Telegram Channel
Telegram