Kuda dicukur lambang Warisan keterlaluan, kejam



Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan diadakan pada 26 September ini semakin hari semakin terasa kehangatannya.

Sepanjang tempoh 14 hari berkempen ini, pelbagai kreativiti yang ditonjolkan oleh parti bertanding termasuk memacakkan bendera parti di sepanjang jalan dan ada juga yang merakamkan muzik video untuk meraih perhatian pengundi.


Namun, tular di laman sosial gambar seekor kuda telah dicukur sebahagian bulu pada badannya dengan lambang Parti Warisan Sabah yang turut bertanding dalam pilihan raya tersebut.

Perbuatan tersebut telah mendapat pelbagai kritikan dari netizen sehingga ada yang menganggap ini satu perlakuan yang zalim terhadap haiwan.

Netizen menganggap perbuatan itu adalah salah dan pelaku perlu dihadapkan ke muka pengadilan.


Kempen Warisan kali ini dianggap paling buruk kerana menerapkan elemen kebencian dan kekejaman terhadap bukan sahaja manusia, tetapi juga kepada haiwan.

Beberapa orang calon Warisan termasuk Ketua Menteri Shafie Apdal dilihat menghasut dan menanam kebencian kepada rakyat di semenanjung dengan membezakan Sabah dan Malaya.

Mohammadin Ketapi pula hari ini telah menghina anggota keselamatan yang telah gugur berperang dengan ayam dan anjing. – Cinca






ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram