
Setiap perkahwinan sudah pastinya mengimpikan kehidupan untuk bersama-sama
dengan pasangan sehingga ke hujung hayat.
Namun, siapa sangka seorang suami menjadi saksi kemalangan isterinya sendiri,
ketika hujan lebat.
Kejadian yang berlaku di Kulim, Kedah ini melibatkan seorang wanita, Nur
Almass Zasmi, 23 tahun, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Kemalangan itu berlaku sekitar jam 1.30 petang, suami Almass yang kebetulan
lalu di tempat kejadian bertindak meluru ke arah mayat isterinya.
Dia memeluk erat mayat isterinya sambil meraung dan menangis diiringi hujan
lebat.
Kejadian ini mengundang sebak pada orang ramai, tambahan pula pasangan ini
merupakan pasangan Orang Kelainan Upaya (OKU) Bisu.
Arwah isterinya, Nur Almass Zasmi 23 tahun, baru sahaja melahirkan seorang
bayi berusia 7 bulan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superitenden Azhar Hasim, Almass merupakan
orang kelainan upaya (OKU) bisu dan merupakan seorang operator kilang.
Ketika kejadian berlaku, Almass sedang menunggang motosikal jenis Modenas
Kriss.
Difahamkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dari arah
Serdang ke Sungai Ular manakala treler tersebut datang dari arah bertentangan.
Motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan terjatuh di
atas jalan sebelum sebuah lori treler menggilis mangsa dengan tayar belakang.
Tidak dapat digambarkan bertapa hancur luluhnya perasaan seorang suami bila
melihat sekujur tubuh isteri yang disayangi dan yang baru sahaja melahirkan
zuriatnya terbaring kaku di tengah jalan.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)
1987. Salam takziah buat keluarga mangsa. – Cinca
Please subscribe


Join our Telegram Channel