Move on Muhyiddin, bukan ungkit kisah dipecat Najib – Abdul Rahim



TS Muhyiddin masih perlu belajar daripada karakter DS Najib Razak.

TSMY sekarang adalah Perdana Menteri. Maka apa yang perlu dibuat adalah move on daripada kisah lama dan bukannya mencanangkan kisah beliau disingkir daripada kerajaan dahulu. Rujuk di sini.

Kita pun tahu puncanya kerana coup de tat dan bukannya kerana mempertahankan kebenaran. Benda ini ada disebut dalam mahkamah. Rujuk di sini.

Ramai yang tidak tahu bahawa ketika permulaan usaha pembentukan kerajaan baru 6 bulan lalu, terdapat pertembungan pendapat antara DSN dan TGHH.


Ketika itulah kedua negarawan ini berhujah. TGHH berpegang bahawa Muafakat Nasional perlu menyertai kerajaan atas sebab ia adalah langkah paling segera membetulkan negara.

DSN berpandangan bahawa pilihanraya adalah jalan paling baik kerana kerajaan yang wujud akan lebih stabil mengambilkira sokongan kepada MN yang berada dalam momentum tinggi ketika itu.

Tetapi hujah TGHH kelihatan lebih mudah diterima atas faktor kelebihan kerajaan ketika menghadapi PRU. Ketika itulah, DSN telah meminta izin kepada DS Ahmad Zahid untuk pulang ke rumah.

Jiwanya berat. Hatinya penuh kecewa. Menyokong dan mengangkat TSMY sebagai PM adalah seolah menabur garam ke atas luka yang terbelah ketika keduanya berganding sebagai pemimpin tertinggi negara.


Tetapi ini keputusan jemaah. DS Ahmad Zahid telah membuat keputusan dengan restu Majlis Tertinggi. Jika UMNO perlu menjadi kerajaan semula, maka UMNO mesti masuk secara en bloc. Bukan sendiri-sendiri.

Ketika itulah tandatangannya diturunkan. Baginya, keputusan jemaah lebih agung daripada perasaan peribadi.

Jika DSN ketika itu berkeras - dan dia berhak berkeras, percayalah bahawa kerajaan hari ini tidak akan wujud. Akan ada Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang akan turut menolak sama.

Tengok sahajalah ketika beliau dihukum bersalah di Mahkamah Tinggi, berapa kerat YB UMNO yang masih tinggal di Dewan Rakyat bagi mempertahankan kerajaan? Hampir semuanya turun ke mahkamah bersolidariti kepada bekas boss mereka.


Ini bukan ketaatan buta. Kerana DSN sudah tidak ada apa-apa. Ini lahir dari rasa hormat kepada seorang ketua.

TSMY perlu muhasabah. Ya beliau jatuh kerana Najib. Dan hari ini beliau naik semula juga kerana Najib.

Move on TSMY!. Buktikan prinsip tuan melalui perbuatan dan bukannya kata-kata. Ini peluang tuan menjadi lagenda - bukannya melalui ungkitan sejarah lama.

Sebab jika saya mahu berlaku jujur, saya masih akan kata tuan adalah Perdana Menteri yang baik.

But not as half as good as our former Premier.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Sg Derhaka Kuala Terengganu



Join our Telegram Channel
Telegram