PENDUDUK menyindir pengurusan air dan Kerajaan Negeri Selangor berikutan gangguan kekerapan gangguan bekalan air yang dihadapi.
Malah sebelum ini juga penduduk mengalami gangguan bekalan air ketika negara sedang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada April lalu.
Menerusi pemerhatian terhadap pengguna dalam media sosial, rata-rata mengkritik pengendalian dan pengurusan krisis air negeri tersebut.
Malah ada segelintir meminta Kerajaan Negeri dan juga Syarikat Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan maklumat mengenai gangguan pada bulan hadapan pula.
“Next month bape hari bulan pula? Bagitahu awal-awal..senang kumpul air.
“Acara bulanan daripada Air Selangor… kata pandai sangat…uruskanlah betul-betul,” komen Najimi Haziq.
“CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) Air Selangor tolong letak jawatan! Setiap tahun dan bulan asyik masalah yang sama, tetapi tiada penyelesaian.
“Kami rakyat Selangor menderita akibat krisis air yang kerap berlaku setiap tahun, setiap bulan!” luah Joey Martin.
“Tak tahulah hendak ucap terima kasih ke tidak kalau setiap beberapa bulan masih berlaku benda yang sama,” kata Nurul Hasni.
“Terima kasih, terima kasih, terima kasih… sengaja ucap banyak kali sebab sekali dengan tahun depan, bulan depan punya gangguan,” sindir Putera Darul Aman.
“Ada cara untuk mengatasi tak? Sebab rasanya dekat Selangor ini tiap-tiap dua bulan sekali mesti ada kejadian tak ada air.
“Seksa betul duduk Selangor. Hari itu saya datang dalam pantang duduk rumah tinggi. Seksa betul…carilah penyelesaian untuk atasi.
“Contohnya sediakan tangki sebesar lautan ke untuk rakyat Selangor sekiranya jadi pencemaran lagi. Seksa tahu?” kata Selena.
Sehubungan itu juga netizen mendesak Kerajaan Negeri supaya mengambil tindakan tegas terhadap kilang yang menyebabkan pencemaran.
Menurut mereka, hukuman yang diberikan kepada pihak terbabit itu perlu diberatkan suapaya kejadian sama tidak berulang lagi.
“Harap kilang tersebut tutup terus. Langsung tak bertanggungjawab, hanya tahu hendak untung duit banyak-banyak.
“Tetapi sebab dia nak kaya jadilah 1.2 juta punya penduduk Kuala Lumpur dan Selangor menghadapi masalah kali ini,” kata Tan Tiong Shyan.
“Kalau setakat tutup sementara bayar saman RM60,000 esok lusa tak ada air semulalah cerita dia,” gesa Junaini Ikhmar.
“Tahniah dan terima kasih atas segala usaha. Harap kilang itu disaman secepat mungkin dengan jumlah saman yang tinggi.
“pastikan kilang itu ditutup. Agak-aganya ada peluang ke pengguna dapat pampasan?” kata Yanie Mohd. Isa. – SM
ARTIKERL BERKAITAN: Isu Air Selangor: Kami sudah fed up!
Join our Telegram Channel