Video misteri Proton Perdana, kereta mewah dalam bangunan kosong dikaitkan dengan Dr M tular



Sekumpulan pengembara dari UK baru-baru ini telah memuat naik salah satu pengembaraan mereka ke YouTube meneroka sebuah bangunan yang dah terbengkalai sejak beberapa tahun.

Melalu deskripsi YouTuber, Lost Adventures, satu-satunya cara untuk masuk ke bangunan itu adalah untuk gelongsor melalui tepi bangunan dan lompat pada satu ketinggian yang membawa dorang ke basement.

Bila dorang tiba di basement tersebut, dorang menemui prototaip kereta-kereta mewah, formula one dan beberapa teksi lama beserta beberapa replika kayu untuk tiru balik rekaan kereta-kereta klasik lama tersembunyi di sini.

Namun apa yang mengejutkan, di antara kereta-kereta mewah ini, terdapat kereta Proton Perdana generasi-kedua yang kelihatan masih baru sehingga plastik kerusi pun tak buka lagi!



Ramai netizen dari Malaysia yang menonton video ini turut kongsikan rasa terkejut mereka. Lebih-lebih lagi Proton Perdana bukan semewah kereta-kereta yang ada di sana dan ia pun tak dijual di luar pasaran Malaysia.

Di dalam video ini juga jelas kelihatan nombor plat kereta tersebut VK 5231 yang merupakan  pendaftaran dari Kuala Lumpur, Malaysia dan didaftarkan sekitar tahun 2016-2017. Heran, kalau dah ada dekat UK kenapa pakai nombor plat Malaysia?

Berdasarkan komen-komen di video ini, ada yang spekulasi kereta ini dimiliki oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pun begitu, masih belum jelas sama ada betul atau tak maklumat yang diberikan oleh netizen ini namun apa yang pasti, dengan keadaan bangunan yang dah terbengkalai dan kereta-kereta di sana yang dah dipenuhi habuk, memang nampak macam dah ditinggalkan lama dan tak terusik.



Menurut salah seorang netizen lagi, bangunan terbengkalai ini dimiliki oleh Syarikat Bristol Car, ia merupakan syarikat pengeluar kereta buatan tangan. Jadi, kemungkinan kereta-kereta ini mungkin berada di situ kerana pemilik-pemilik kereta nak upgrade kereta dorang memandangkan syarikat ni memang terkenal dengan kereta buatan tangan.

Pada Mei lalu, syarikat ini telah pun dibekukan dan dikatakan juga kereta-kereta yang terbengkalai ini akan dilelong tak lama lagi.

Antara kereta yang ada di basement ini termasuklah prototaip Bristol Bullet, Bentley Continental Flying Spur dan Bristol Fighter.

Menurut netizen yang lain pula syarikat Bristol ini telah pun dibeli oleh Kamkorp Autokraft dikatakan terkait denga Frazer Nash Research yang pernah menjadi vendor kepada Proton.

Menurutnya lagi, Kamal Siddiqi yang sangat rapat dengan Mahathir adalah Principal bagi syarikat itu selain pernah bekerjasama dengan TNB untuk membuat kereta elektrik namun gagal. – LobakMerah / Cinca



Please subscribe









Join our Telegram Channel
Telegram