CYBERJAYA – Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan
Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk cadangan menggantung Parlimen dan
mengadakan pentadbiran darurat.
Menurut sumber, Al-Sultan Abdullah akan memanggil Mesyuarat Majlis Raja-Raja
Melayu bagi mendapat nasihat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan
mengenai permintaan kabinet tersebut.
Petang tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bergegas ke Pahang
untuk mengadap baginda di di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.
Dalam pertemuan lebih dua jam, baginda diberi makluman mengenai permintaan
kabinet. Bertentangan dengan maklumat awal Tuanku telah bersetuju dengan
pemerintahan darurat selama setahun, sumber istana memaklumkan tiada
persetujuan sedemikian diperkenankan.
Pada lewat malam ini, laman Facebook Perikatan Nasional turut memaklumkan
mengenai situasi tersebut dengan menyatakan Tuanku belum membuat keputusan
mengenai permintaan tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Spekulasi Muhyiddin mahu isytihar darurat sedang bertiup kencang
- Kabinet setuju 'darurat' alasan Covid-19
- Agong belum perkenan 'darurat', suruh PM balik dulu
- Muhyiddin cuba elak PRU dengan isytihar 'darurat' – Pembangkang
- Muhyiddin yang sedang darurat, bukan negara – Mat Sabu
- Laksana perintah darurat, tanda PM hilang majoriti
- Agong akan bincang cadangan PM dengan Raja-raja Melayu
Join our Telegram Channel