
KOTA KINABALU: Seorang wanita yang sebelum ini disahkan positif Covid-19
ditemui mati dipercayai terjun dari tingkat lapan bangunan Hospital Queen
Elizabeth I (HQE I), di sini, 9.15 malam tadi.
Wanita warga tempatan berusia 63 tahun itu dikatakan terjun dari tingkap di
tingkat lapan bangunan hospital berkenaan sebelum disedari pihak hospital yang
kemudiannya memaklumkan kepada polis.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata
siasatan awal mendapati mangsa dimasukkan ke hospital berkenaan pada 13
Oktober lalu selepas disahkan positif Covid-19.
Katanya, selepas mendapatkan rawatan lanjut, mangsa disahkan bebas penyakit
berkenaan dan dibenarkan keluar dari HQE I, hari ini.
"Mayat mangsa kini ditempatkan di Jabatan Forensik HQE I, sementara menunggu
siasatan lanjut punca mangsa membunuh diri.
"Pihak polis sedang menjalankan siasat bagi mengenalpasti punca mangsa terjun
termasuk mencari saksi di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi, hari
ini.
Join our Telegram Channel