Enam kali liwat isteri



Kangar: Lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar di sini, hari ini, atas enam pertuduhan melakukan seks luar tabii dan meliwat isterinya antara November 2019 hingga 5 Oktober lalu.

Tertuduh, Johari Adam, 58, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohammad.


Mengikut pertuduhan yang dibaca secara berasingan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii dan meliwat isterinya yang berusia 33 tahun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dua rumah berasingan di daerah ini sekitar November 2019; 11 dan 30 September serta pada 3, 4 dan 5 Oktober lalu.

Bagi semua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun serta sebatan bagi setiap pertuduhan.


Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izham Ali, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Hajar Ahmad.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 bersama seorang penjamin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 12 November depan. – Hmetro

 

Join our Telegram Channel
Telegram