Gesa Muhyiddin letak jawatan, PPBM Muar lapor polis atas Puad



PETALING JAYA: PPBM Muar sudah membuat laporan polis terhadap pemimpin Umno yang menggesa presidennya, Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan.

Laporan dibuat oleh Ketua Penerangan Mohd Salleh Ahmad di Balai Polis Muar, Johor petang tadi.


Terdahulu, Setiausaha PPBM Muar, Edzhar Jasmary, menuduh ahli majlis kerja tertinggi, Puad Zarkashi, seolah-olah hendak “panjangkan lagi cerita” selepas Agong meminta ahli politik henti bermain politik.

Sebelum ini, Puad dilaporkan menggesa Muhyiddin meletakkan jawatan susulan keputusan Agong menolak cadangan Putrajaya mengisytihar “darurat”.


Sebelum itu, Agong dalam titahnya menyatakan tidak ada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia atau mana-mana bahagian di dalam negara.

Agong juga meminta ahli politik henti bermain politik yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara. – FMT


ARTIKEL BERKAITAN:

 

Join our Telegram Channel
Telegram