HARI yang sama selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
mengumumkan gencatan politik, terus tersebar senarai kabinet baharu.
Senarai kabinet baharu itu adalah bentuk serangan secara langsung kepada UMNO
dan Zahid bagi menunjukkan para pemimpin parti itu sebenarnya hanya tamakkan
kuasa dan bukan memikirkan kepentingan rakyat.
Portal berita dan blogger belaan pembangkang dan Bersatu terus melakukan
serangan bertumpu kepada UMNO serta Zahid.
Cuma setakat ini tiada kenyataan media dan tindakan terang-terangan sahaja
dilakukan.
Mengimbau balik sebelum pengumuman gencatan senjata itu dibuat portal berita
belaan Bersatu mendakwa Zahid mengumumkan sedemikian selepas dimarahi oleh
para pemimpin lain, tetapi segera dinafikan oleh Tan Sri Annuar Musa yang juga
ahli majlis tertinggi UMNO.
Namun difahamkan apa yang berlaku ialah ahli majlis tertinggi UMNO yang berada
di dalam kabinet telah berjumpa Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pokok perbincangan pertemuan itu tidak diketahui tetapi menurut sumber ia
lebih kepada pertemuan meluahkan rasa tidak puas hati tentang tindakan Zahid
kepada Muhyiddin.
Sudah pastilah para menteri berkenaan tidak mahu kehilangan kerajaan dan
jawatan menteri masing-masing.
Jika sokongan diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kemungkinan besar
mereka kehilangan jawatan menteri yang disandang pada masa ini.
Jadi apabila Zahid mengumumkan gencatan politik suhu agak sedikit menurun,
tetapi cuba dipanaskan kembali oleh para pemimpin pembangkang.
PKR tetap dengan pendirian mereka meneruskan agenda untuk membentuk kerajaan
baharu dan pastinya berusaha untuk menjayakan usul tidak percaya kepada
Muhyiddin pada persidangan Parlimen awal bulan depan.
Pada masa yang sama DAP akan meneruskan serangan terhadap Zahid yang memegang
panji perjuangan UMNO.
Bagaimanapun dijangkakan gencatan politik UMNO dengan Bersatu akan bertahan
sekurang-kurangnya sehingga melepas fasa ujian apabila undian tidak percaya
terhadap Muhyiddin dilaksanakan pada 6 November ini ketika Parlimen bersidang
untuk meluluskan bajet bagi pengurusan negara termasuk menangani pandemik
Covid-19.
UMNO dan Bersatu sebenarnya tidak akan dapat mengelak daripada bersaing sesama
sendiri sehinggalah salah sebuah parti dibubarkan.
Belajar dari sejarah parti Semangat 46 iaitu serpihan UMNO seperti Bersatu
berterusan memerangi UMNO sepanjang hayatnya, hinggalah ia dibubarkan dan para
pemimpin kembali kepada UMNO.
Ini adalah kerana kedua-dua parti perlu merebut sokongan yang sama iaitu orang
Melayu.
Mereka hanya relevan jika mendapat sokongan majoriti orang Melayu.
Oleh itu selagi kedua-dua parti berkenaan wujud mereka akan berterusan
berseteru.
Sebab itu ia dinamakan gencatan politik dan bukan perdamaian. Korea Utara dan
Korea Selatan tidak pernah menamatkan peperangan, mereka hanya melaksanakan
gencatan senjata.
Perang psikologi, hasutan dan perisikan akan terus berjalan bahkan akan
bertambah rancak sepanjang tempoh gencatan dilaksanakan.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Umno pertimbang tarik diri dari sokong PN
- Masa Umno nyawa ikan dulu tak pulak letak syarat – Pas
- PAS tuntut penjelasan Umno timbang tarik diri daripada PN
- Najib sokong Umno timbang tarik diri dari sokong PN, ini sebabnya..
- Tak salah Umno, PPBM, PAS kembali berbincang, kata Annuar
- DAP terkejut PH ajak UMNO bekerjasama
- Pendakwaan selektif, agihan jawatan tanpa berunding antara punca Umno marah – Nazri
- Annuar dilihat hadir ke rumah Muhyiddin
- Akar umbi PPBM khuatir kerajaan PN runtuh, gesa akur tuntutan Umno
- Pertemuan 6 mata pemimpin PN gagal, saling tuduh khianati kerjasama
- Azmin, Hamzah gila kuasa – Puad Zarkashi
- Akhirnya Khalid akui UMNO ‘king maker’, Muhyiddin, Azmin pengkhianat
- Zahid umum gencatan senjata, sokong kerajaan PN
- ‘New deal’ UMNO-Bersatu akan kuatkan PN – Annuar
- Kabinet baharu: Zahid, Tuan Ibrahim sebagai TPM?
- MalaysiaNow kantoi fitnah, Zahid tak u-turn – Annuar Musa
Join our Telegram Channel