
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
mengesahkan bahawa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam majlis menghadap pagi
tadi telah mengemukakan jumlah ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi
sokongan kepada dirinya.
Walaubagaimanapun, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad
Fadil Shamsuddin, presiden PKR itu tidak mengemukakan senarai nama mereka.
“Dalam sesi yang berlangsung selama lebih kurang 25 minit ini, Dato’ Seri
Anwar bin Ibrahim telah mengemukakan jumlah Ahli-ahli Dewan Rakyat yang
didakwa memberi sokongan kepada beliau.
“Walau bagaimanapun, beliau tidak mengemukakan senarai nama ahli-ahli Dewan
Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut.
"Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah telah menasihati Dato’ Seri Anwar
bin Ibrahim untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Ahmad Fadil.
Anwar pada sidang media sebentar tadi, berkata dia telah mempersembahkan
dokumen sahih membuktikan sokongan lebih 120 ahli parlimen buatnya kepada Seri
Paduka dalam pertemuan pagi tadi.
Namun, katanya memandangkan Yang di-Pertuan Agong akan memanggil ketua-ketua
parti-parti politik, maka “munasabah untuk kita bersabar, memberi ruang dan
wewenang untuk baginda memutuskan.”
Menurutnya, tidak wajar ditetapkan masa untuk Seri Paduka membuat keputusan.
Sesi menghadap hari ini sepatutnya dijadualkan pada 22 September lalu tetapi
ditangguhkan susulan kegeringan Al-Sultan yang terpaksana menjalani rawatan di
Institut Jantung Negara.
Ahmad Fadil juga memaklumkan Seri Paduka turut menyentuh mengenai perkembangan
semasa penularan wabak Covid-19 di seluruh negara, khususnya pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur
dan Putrajaya yang berkuatkuasa esok.
“Seri Paduka Baginda menzahirkan kegusaran dan menasihati seluruh rakyat
supaya bertenang serta berdisiplin menjaga kesihatan diri masing-masing dengan
mematuhi ketetapan tatacara kebiasaan baharu dan prosedur operasi standard
(SOP).
“Walaupun perkembangan terkini agak membimbangkan berikutan kenaikan yang
berterusan tiga digit kes positif harian Covid-19 serta kewujudan beberapa
kluster baharu sejak 1 Oktober lalu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan keyakinan
dan mengajak seluruh rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik
bersatu padu dan bersatu hati memerangi penularan Covid-19 demi keselamatan
bersama serta kesejahteraan negara.
Kata Ahmad Fadil, lanjutan kepada pelaksanaan PKPB dan atas titah perkenan
Al-Sultan Abdullah, Istana Negara telah melaksanakan sekatan pergerakan separa
(semi-lockdown) yang telah berkuatkuasa sehingga tarikh yang akan diumumkan
kelak.
Menurutnya, Seri Paduka amat prihatin dan menitikberatkan penjagaan dan tahap
kesihatan diri para pegawai serta kakitangan Istana Negara dan pelaksanaan ini
adalah untuk menjaminkan keselamatan dan kesejahteraan warga Istana Negara.


Please subscribe
ARTIKEL BERKAITAN:
- TERKINI: Anwar dikatakan dapat sokongan 20 wakil rakyat dari PN untuk bentuk kerajaan
- [VIDEO] TERKINI: Anwar umum majoriti kukuh, 'kerajaan Muhyiddin jatuh'
- TERKINI: Anwar umum majoriti kukuh, 'kerajaan Muhyiddin jatuh'
- Amanah 100% sokong Anwar tubuh kerajaan baru
- Semua 18 MP PAS tidak bersama Anwar, kata Tuan Ibrahim
- 42 ahli Parlimen DAP sokong Anwar PM, kata Guan Eng
- Umno tak dapat halang wakil rakyatnya sokong Anwar – Zahid
- Istana Negara sahkan Anwar sepatutnya menghadap Agong semalam
- Tajuddin: Bubar parlimen, PRU jalan terbaik, biar rakyat tentukan
- Mesyuarat Kabinet tak bincang pasal Anwar, tidak penting – Tuan Ibrahim
- BN, Bersatu, PAS, GPS, PBS, STAR kekal bersama Muhyiddin
- Tak mungkin Anwar jadi PM melainkan bubar parlimen, PRU – Annuar Musa
- Zahid beri isyarat supaya PRU diadakan segera, bukan sokong Anwar, kata Isham Jalil
- Senarai ahli parlimen UMNO yang sokong Anwar sebagai PM ke-9
- TERKINI: Senarai barisan kabinet baharu kerajaan Anwar, Zahid Najib tersenarai
- TERKINI: Anwar janji gugur kes Zahid, Najib jika jadi PM-9
- Sebab mengapa sebilangan dalam Umno marah dengan Muhyiddin dan mungkin sokong Anwar
- Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kata Nazri
- PAS tuntut penjelasan Umno sokong Anwar langgar piagam MN
- Umno pun ada yang nak tanya PAS
- Kesetiaan pada PM tiada dalam piagam Muafakat Nasional, kata pemimpin BN
- Satu demi satu MP Umno tampil nafi bersama Anwar
- 14 dari 19 MP Umno nafi bersama Anwar
- DAP bantah Anwar bawa Umno diketuai Zahid, Najib – Guan Eng
- Dr M: Anwar tak mahu sokongan Pejuang
- Kenyataan Zahid ada kebenarannya – Timbalan Presiden Pas
- TERKINI: Mesyuarat tergempar PH, Anwar lari tinggalkan media
- DEDAH: Anwar hanya ada sokongan 91 MP sahaja
- Ini bukan masa sesuai adakan PRU – Dzulkefly Ahmad
- TERKINI: Orang politik berkumpul di rumah Anwar, khabar ada percaturan baharu
- Sokongan MP Umno kepada Anwar sudah bertambah
- Azalina dedah pernah ditawar lompat parti
- Dap, Umno mungkin bekerjasama sokong Anwar, Najib tidak mahu masuk dalam senarai kabinet baharu
- Ikut mana pun Kadir Jasin tetap jadi balaci Mahathir – Puad
- Polis sahkan arah Anwar ke Bukit Aman
- KANTOI: Anwar minta ke Bukit Aman tarikh sama mengadap Agong, bukan polis yang tetapkan 13 Oktober
- Anwar nafi miliki saham dalam syarikat adiknya
- Anwar mengadap Agong 11 pagi, kata sumber
- Anwar tiba di Istana Negara
- Selesai mengadap Agong, Anwar no comment
- Ku Li dijangka hadap Agong 2 petang, kata sumber
- Mesyuarat tergempar biro politik Umno malam ini
- [Video] Sidang media khas Anwar Ibrahim selepas mengadap Agong
- Anwar serah SD 120 MP pada Agong, kerajaan Muhyiddin tumbang
Join our Telegram Channel