Ketua Pengarah Jakim meninggal dunia



SHAH ALAM - Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Datuk Paimuzi Yahya dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada jam 1 petang tadi.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di Kuang, Gombak.


Semalam, Ketua Unit Komunikasi Korporat Jakim dalam satu kenyataan memberitahu, Paimuzi bebas daripada pandemik koronavirus (Covid-19).

Menurut kenyataan itu, Paimuzi menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 pada Selasa iaitu 6 Oktober lalu di Hospital Sungai Buloh dan keputusan didapati negatif.


"Memandangkan faktor sejarah kesihatan beliau yang kurang memuaskan, maka pihak hospital mencadangkan supaya beliau ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) bagi mendapatkan rawatan susulan," menurut kenyataan itu di sini semalam. – Sinar

Berita lanjut menyusul...



Join our Telegram Channel
Telegram