Perak mungkin dapat MB Baharu – Sumber



IPOH – Perak mungkin bakal menyaksikan pertukaran Menteri Besar dalam tempoh terdekat jika hubungan kurang baik Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dengan Pengerusi UMNO Perak tidak dapat dipulihkan.

Sejak beberapa minggu lalu, Dato’ Saarani Mohamad telah beberapa kali dilaporkan bercakap dengan pemimpin UMNO mengenai isu kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional Perak dan membayangkan akan membuat tindakan drastik jika tiada perubahan.

Menurut sumber dalaman UMNO, Saarani  telah mempunyai cukup sokongan untuk menjatuhkan Ahmad Faizal, bagaimanapun masih memberi ruang kepada pucuk pimpinan parti untuk menyelesaikannya.

Saarani dikatakan telah mendapat sokongan tanpa syarat dari Pas (3) kerusi dan empat Ahli Dewan Undangan Negeri dari PKR dan DAP.


Sumber tersebut turut menyatakan kemuncak kemarahan UMNO Perak adalah pelantikan ADUN BN sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar yang baharu tanpa melalui sebarang perundingan dengan UMNO dan sikap PPPBM dalam pelantikan Ketua Menteri Sabah tempoh hari.

“Tindakan Peeja (Ahmad Faizal) melantik  ADUN Pengkalan Hulu (UMNO), Dato’ Aznel Ibrahim, sebagai Setiausaha Politiknya, adalah satu tindakan terdesak untuk memecahkan kesatuan UMNO dan melemahkan ruang perundingan.”

Pentadbiran negeri Perak sekarang terdiri daripada Barisan Nasional, PPBM dan PAS, Gerakan, dan bebas mempunyai 35 daripada 59 kerusi DUN.

Perubahan sekutu politik pada Mac lalu, menyaksikan Ahmad Faizal kekal sebagai Menteri Besar Perak walaupun  PBBM hanya mempunyai empat kerusi.

Kerajaan negeri kini terbentuk hasil gabungan wakil rakyat UMNO (25 kerusi), Pas (3 kerusi) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (4 kerusi). Dari segi kekuatan politik UMNO sepatunya diberi jawatan Menteri Besar.


“Kita mengambil  sikap bertolak ansur dalam memulihkan pentadbiran negara dan negeri ketika itu. Namun lihat apa yang terjadi di Sabah? Kita hanya kurang 4 kerusi dari PN Sabah, namun mereka langsung tidak bertolak ansur.”

Sumber dalaman UMNO tersebut turut menegaskan apa yang berlaku di Sabah adalah kelangsungan budaya politik PPBM yang mengamalkan politik pecah dan perintah merasakan mereka layak menjadi ketua di mana-mana sahaja kerana UMNO menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

“Seperti mana mereka curi wakil rakyat kita selepas PRu-14, demikian juga di Sabah. Mereka menarik calon bebas yang menang menentang kita sebagai ahli parti mereka. Adakah ini persahabatan politik?

Nada dan gambaran pemimpin UMNO dari Perak yang meminta dirahsiakan identiti beliau menunjukkan UMNO Perak telah bersedia ke Istana Negeri jika tiada jalan penyelesian. – SuaraTV

 

Join our Telegram Channel
Telegram