PKPB semula ke atas Selangor, KL dan Sabah



Sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB ) dikenakan semula ke atas Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 14 Oktober sehingga 27 Oktober ini.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakub, PKPB itu terpaksa dilaksanakan susulan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan dan penularan kes, seperti di Klang di Petaling dan Gombak serta daerah-daerah lain.

“Bagi menyekat penularan wabak ini dari terus merebak, sidang khas MKN hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPB di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam,14 Oktober hingga 27 Oktober 2020," katanya.

Antara aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah, pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan.


Bagaimanapun, kata Ismail Sabri yang juga adalah menteri pertahanan, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

Selain itu, katanya, hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan manakala semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.

“Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup. Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan.

“Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, semua kegiatan ekonomi di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa,” katanya.

Pada sidang medianya itu, Ismail Sabri berkata sidang khas MKN juga mendengar pengesahan KKM berhubung peningkatan kes-kes positif di Sabah dan keberkesanan PKPB yang dilaksanakan di beberapa daerah di negeri itu seperti di Lahad Datu, Tawau, Kunak, Semporna, Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan.


“Sidang khas MKN hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPB di seluruh negeri Sabah berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam ini sehingga 26 Oktober.

Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi juga dalah hampir sama seperti yang dilkasankan di Kuala Lumpur dan Selangor.

Ismail Sabri juga berkata, kegiatan sektor ekonomi, industri dan perniagaan masih dibenarkan beroperasi seperti biasa namun perlu mematuhui SOP ketat.

Antara yang juga dibenarkan adalah seperti berikut:
  • Pasar Borang, Pasar harian (6.00 pagi –2.00 petang)
  • Kedai barang keperluandan kedai runcit (6.00 pagi –6.00 petang)
  • Restoran, kedai-kedai makan, warung-warung, kedai runcit dan serbaneka dibenarkan (6.00 pagi –6.00 petang). Bagaimanapun terhad untuk pembelian secara pandu lalu, penghantaran serta take away.
  • Operasi stesen minyak dibenarkan beroperasi (6.00 pagi –6.00petang)
  • Perkhidmatan teksi/e-hailingdan penghantaran makanan juga dibenarkan (6.00 pagi –8.00malam).
  • Bas ekspres dan bashenti-henti tidak dibenarkan beroperasi
  • Farmasi dan kedai ubat-ubatan dibenarkan beroperasi seperti biasa (6.00 pagi hingga 6.00 petang)
  • Operasi klinik dan hospital kerajaan dibenarkan beroperasi 24 jam
  • Sektor perikanan, perladangan, pertanian adalah dibenarkan.
  • Bagi sektor perniagaan dan perkilangan termasuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang ingin beroperasi boleh memohon daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.
Katanya, perincian lanjut SOP boleh dirujuk di laman sesawang MKN. – Mkini






Join our Telegram Channel
Telegram