
JOHOR BAHRU – Polis Johor menerima satu laporan berhubung kenyataan jelik yang
dikeluarkan pemilik akaun Twitter Raja Farah Sofea yang didakwa mengaibkan
kematian anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis sudah membuka
kertas siasatan dan siasatan telah dijalankan bagi mengesan pemilik akaun
Twitter tersebut.
“Ya, polis telah terima laporan berkenaan tindakan pemilik Twitter yang
menggunakan nama Raja Farah Sofea di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor
Bahru Utara (JBU),” katanya ringkas ketika dihubung pemberita di sini hari
ini.
Kosmo! semalam melaporkan, Laskar Kanan Mohd. Rizal Suberi, 31, maut dalam
satu nahas jalan raya yang membabitkan tiga kereta di Kilometer 4 Jalan Johor
Bahru-Kota Tinggi berhampiran Plaza Pelangi di sini.
Bapa kepada tiga anak itu maut dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi kelmarin
apabila kereta Honda Accord dipandunya dirempuh Perodua Myvi sebelum kedua-dua
kereta terbalik dan melanggar Proton Iswara.
Dalam kejadian itu, mangsa maut yang di tempat kejadian manakala dua pemandu
lain termasuk pemandu Myvi mengalami cedera ringan.





Join our Telegram Channel