Tun Dr. Mahathir Mohamad seringkali menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak
setiap kali beliau membuka mulut sehingga ada yang melihat persengketaan
mereka berdua lebih kepada bersifat peribadi.
Kali ini Dr Mahathir akan menjawab pelbagai soalan termasuk adakah beliau akan
memaafkan Najib.
Dalam temu bual eksklusif MalaysiaGazette dengan Dr. Mahathir yang ditunda
sehingga pada pukul 11 malam tadi, beliau telah menjawab pelbagai persoalan
mengenai pelbagai perkara seperti isu mengenai Pak Lah, Najib, Anwar Ibrahim
dan juga pentadbiran Muhyiddin.
Untuk rekod, sepanjang temubual Mahathir telah menyebut nama Najib lebih dari
20 kali.
Soalan terakhir daripada MalaysiaGazette kepada Dr Mahathir adalah yang paling
ditunggu-tunggu samada beliau akan memaafkan Najib ataupun tidak.
"Adakah Tun akan memafkan Dato Seri Najib sepertimana Tun memafkan Dato Seri
Anwar Ibrahim?" soal MalaysiaGazette
"No, different (berbeza daripada Anwar), saya tak boleh maaf orang yang
destroy my party (rosakkan parti saya)."
"Itu dia buat, dia buat betul-betul sampai orang benci kepada UMNO."
"Masa saya letak jawatan, bila ada pilihanraya pada 4 haribulan, dia menang
lebih daripada masa saya, Pak Lah menang."
"Tapi sekarang orang tolak Pak Lah dan Najib, Najib lebih teruk dari Pak Lah."
"Orang yang rosakkan UMNO saya tak boleh maaf."
"Sampai bila-bila?" soal MalaysiaGazette
"Ya lah, sampai bila-bila lah." jawab Mahathir walaupun sedikit gagap.
Join our Telegram Channel