Saya tak pernah lobi jawatan TPM – Hishammuddin



1. Merujuk artikel Sin Chew Daily yang mengaitkan saya sebagai salah seorang calon Timbalan Perdana Menteri sekaligus mengundang pelbagai persoalan dan reaksi – saya ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah mengadakan usaha ke arah perkara tersebut.

Malah saya berterima kasih kepada parti kerana menyokong saya mewakili UMNO sebagai Menteri dalam Kerajaan hari ini. 


2. Saya percaya, perkara terpenting yang menjadi fokus Kerajaan dan UMNO sekarang ialah sidang Parlimen, Belanjawan 2021 dan mengurus krisis COVID-19, bukan soal jawatan.

3. Pendirian ini selari dengan kenyataan media Presiden UMNO dan keputusan Majlis Tertinggi UMNO tempoh hari iaitu menyahut seruan Baginda Yang di-Pertuan Agong agar semua pihak berhenti berpolitik seterusnya bersatu memerangi COVID-19.


4. Apa jua pendirian dan keputusan adalah demi kepentingan parti – dulu, kini dan selamanya.

– Hishammuddin Hussein


ARTIKEL BERKAITAN:

 

Join our Telegram Channel
Telegram