Sesi Zahid menghadap Agong ditangguhkan



KUALA LUMPUR: Sesi Presiden Umno, Zahid Hamidi, yang dijadual menghadap Agong esok ditangguhkan.

Zahid mengesahkan perkara itu dan berkata pertemuan tersebut ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan.


“Ditangguhkan. Tarikh belum ditentukan,” kata Ahli Parlimen Bagan Datoh melalui Telegram hari ini.

Semalam Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, ketika bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi Umno berkata Zahid dijadual menghadap Sultan Abdullah pada 5 petang Khamis.


Semalam, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menghadap Agong di Istana Negara untuk menyembah maklum beliau mempunyai sokongan lebih 120 Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan baharu. – FMT


ARTIKEL BERKAITAN:
 

Join our Telegram Channel
Telegram