Shuib Sepahtu dipanggil SPRM



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib hari ini kerana disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka.

Menurut sumber yang memberitahu Utusan Malaysia, kedua-dua mereka hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya tengah hari tadi bagi mengambil keterangan membabitkan kes tersebut.

Setakat ini, siasatan masih dijalankan namun penglibatan pasangan selebriti tersebut tidak dapat dipastikan.

Beberapa individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes terbabit termasuk beberapa selebriti mungkin akan dipanggil.


Suara Merdeka cuba menghubungi penyanyi, Siti Sarah namun panggilan itu tidak dijawab.

Sebelum ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan terdapat pasangan selebriti dipanggil pihaknya. – SM 



HANYA pelawak, Shuib sahaja yang dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya dan bukan bersama isterinya, Siti Sarah Raisuddin seperti yang didakwa sebelum ini.

Pengurus kepada pasangan selebriti itu, Nana Mohamad Rom berkata, kehadiran Siti Sarah ke sana hanyalah sekadar menemani suaminya.

“Buat masa ini pihaknya tidak dapat mengeluarkan apa-apa kenyatan rasmi berkaitan kes tersebut.


“Kita tidak boleh beri keterangan kerana tidak mahu mengganggu siasatan SPRM dan menghormati sistem perundangan negara,” katanya kepada Suara Merdeka.

Menurut Nana, pihaknya akan memastikan Shuib memberi kerjasama penuh terhadap SPRM bagi membantu siasatan.

Jelasnya, pihaknya kini juga sedang menunggu perkembangan selanjutnya dari SPRM.

Petang tadi, media melaporkan yang pasangan itu dipanggil SPRM selepas disyaki terlibat dengan kes pengubahan wang haram melibatkan perniagaan air minuman mereka.

Difahamkan, beberapa individu termasuk selebriti lain yang mempunyai kaitan dengan kes terbabit mungkin akan dipanggil. – SM





Join our Telegram Channel
Telegram