KUALA LUMPUR – Sebuah Hotel di Melaka menbuat laporan polis kerana dikaitkan
dengan dakwaan palsu ke atas Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Laporan polis bertarikh 18 Oktober, menafikan kejadian yang dikaitkan dengan
Abdul Rauf.
Laporan penafian itu dilakukan oleh salah seorang kakitangan hotel berkenaan
dan meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk
menghentikan penyebaran fitnah tular berkenaan.
Sebelum ini tular di media sosial kononnya Ab Rauf cuba mencabul dan merogol
salah seorang kakitangan wanita mengiringinya ke bilik.
Sebaran yang dibuat mendakwa hotel, mempunyai rakaman kejadian melalui sistem
kamera litar tertutup (CCTV).
Penyebar dakwaan itu juga menyatakan pihak pengurusan hotel menemui Ab Rauf
untuk mendapatkan kesahihan.
Join our Telegram Channel