
KEPUTUSAN dan dasar yang dilaksanakan UMNO menerusi kepimpinan Presidennya,
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selama ini adalah terbaik.
Ini termasuklah pendirian yang dinyatakan oleh UMNO secara konsensus dalam
kepimpinan partinya termasuklah melakukan gencatan politik dan mendokong
kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Malah pendirian terkini Ahmad Zahid terhadap UMNO yang mahu mengutamakan
rakyat ketika krisis perebutan kuasa dan serangan pandemik Koronavirus
(Covid-19) di negara ini dianggap terbaik.
Ahli Parlimen Bagan Datoh itu dilihat berterusan menzahirkan kesetiaan pada
UMNO dan cuba mengatasi tekanan terhadap parti yang dilakukan oleh pemimpin
parti lain.
“Jadi, bagi saya dari segi kesetiaan UMNO, saya rasa Ahmad Zahid memang setia
pada UMNO dan beliau memimpin parti.
“Sama ada beliau betul atau tidak, perancangannya itu tugasnya sebagai
pemimpin.
“Sebagai pemimpin beliau kena buat tindakan yang mungkin pada sesetengah orang
tak faham kata benda itu salah.
“Tetapi, bagi sesetengah orang yang boleh faham kedudukannya bagi saya dia
buat yang terbaik.”
Demikian kata pakar sejarah dan penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Ramlah
Adam ketika dihubungi Suara Merdeka hari ini.
Beliau berkata demikian menegaskan, Ahmad Zahid masih lagi mendapat sokongan
daripada akar umbi dan meminta penganalisis dan pemerhati tidak lagi
terpengaruh dengan maklumat tidak berasas.
Menurutnya semua pihak yang mengaku sayang kepada UMNO sepatutnya memberikan
sokongan kepada kepimpinan beliau terutama di saat parti itu menerima tekanan
daripada kumpulan dalam kerajaan.
“Di peringkat akar umbi, berapa ramai yang tak suka Ahmad Zahid, kalau tak
suka takkanlah mereka pilih beliau jadi Presiden.
“Memang perwakilan yang datang ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU), mereka memilih
Ahmad Zahid.
“Beliau yang paling banyak (undi), Tengku Razaleigh pun sedikit, begitu juga
Khairy Jamaluddin.
“Bagi saya, terang-terangan 200 lebih undi Ahmad Zahid dapat itu daripada akar
umbi.
“Jadi, akar umbi tak suka itu kita kena lihat betul ke? Mana kumpulan yang tak
suka.
“Macam surat-surat layang, Najib sign (tanda tangan), beliau pun sign kononnya
surat kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Tetapi, sekarang kenapa tiba-tiba surat itu ada, selama ini kenapa mereka
kalau hendak bekerjasama tidak pernah tulis surat kepada Yang di-Pertuan
Agong.
“UMNO di bawah Ahmad Zahid telah memainkan peranan yang penting dalam
membentuk kestabilan negara ini.
Join our Telegram Channel