Apple perkenal Macbook Pro Cip M1, ketahanan bateri hingga 20 jam



Pagi tadi telah berlangsungnya sebuah lagi atur cara daripada Apple. Atur cara pada kali ini digunakan Apple untuk mengumumkan tiga model Mac yang diberi kemas kini menerusi pengeluaran cip Apple M1.

Apple M1 merupakan cip pertama daripada Apple Silicon yang sedia menggantikan cip intel pada model komputer dan komputer riba keluaran Apple.

Cip ini menjanjikan kepantasan, ketahanan bateri yang lebih panjang, kuasa pemprosesan yang lebih efisien dan grafik yang lebih baik.


Pihak Apple turut mengatakan cip pemprosesan yang diperkenalkan ini secara tidak langsung bakal membawa perubahan kepada dunia pengkomputeran Apple.

Salah satu model yang menjadi perhatian ramai pada kali ini sudah pastinya Apple Macbook Pro.

Mengekalkan rekaan yang sama seperti model keluaran tahun lalu, model terbaharu ini turut dilengkapkan dengan cip Apple M1.

Mengulas dari segi spesifikasi, Apple Macbook Pro hadir dengan skrin Retina 13-inci, cip M1 serta sokongan memori dan storan sehingga 16GB RAM dan 2TB.


Apa yang lebih menarik, Apple turut menjanjikan ketahanan bateri sehingga 20 jam menerusi penggunaan bateri 20 jam.

Apple sedia menawarkan Apple Macbook Pro dengan cip Apple M1 dengan harga bermula daripada RM5,599.

Tidak seperti iPhone, para pengguna bakal turut menerima palam pengecas bersama pembelian Macbook Pro. – Vocket
 











Join our Telegram Channel
Telegram