
Kuala Lumpur – Kerajaan diharap dapat membenarkan pengeluaran maksimum RM6,000
daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara pukal dan tidak
terhad kepada pencarum yang hilang pekerjaan sahaja.
Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, beliau
memahami pengeluaran bersasar yang dilakukan oleh kerajaan itu adalah demi
kebaikan jangka panjang KWSP.
Namun, menurut beliau, masih terdapat beberapa lagi golongan yang sangat
terdesak untuk mendapatkan belanja bulanan seperti pekerja yang diarahkan cuti
tanpa gaji dan mereka yang dipotong gaji.
“Selain itu, pekerja yang dikurangkan tempoh masa kerja sekaligus mengurangkan
pendapatan bulanan mereka.
“Termasuk juga individu yang telah berhenti kerja sebelum pandemik bagi
memulakan perniagaan tetapi kini menghadapi kewangan yang meruncing akibat
situasi ekonomi yang malap,” katanya melalui hantaran Facebook miliknya.
Menurut Azeez KWSP mampu untuk menimbangkan tambahan pengeluaran daripada
kategori-kategori rakyat yang memerlukan.
“Sekiranya perlu, KWSP boleh mengehadkan jumlah pengeluaran melalui peratusan
simpanan yang ada bagi mengelakkan masalah pencarum di hari tua.
“Saya percaya pada akhirnya kerajaan akan sentiasa mendengar keluh kesah
rakyat dan menjadikan kepentingan masyarakat sebagai keutamaan negara.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel