Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan habeas
corpus (penahanan salah) dikemukakan ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri'
bersama dua anggota polis berhubung penahanan mereka di bawah Akta Pencegahan
Jenayah (POCA) 1959.
Sehubungan itu, ketiga-ketiga mereka kekal dalam tahanan reman selama 38 hari
bermula 30 Oktober lalu hingga 6 Disember ini.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas
mendengar permohonan Peguam Kanan Persekutuan Muhammad Sinti dan peguam
ketiga-tiga pemohon.
Pada prosiding itu, peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram, Gobind Singh Deo, Shah
Rizal Abdul Manan dan Jacky Loi bertindak mewakili Zaidi Kanapiah atau lebih
dikenali sebagai "Addy Kana", Koperal Mohd Hairy Mohammad dan Koperal Muhammad
Amin Nur Rashid Mohamed Puad.
Mahkamah Majistret pada 14 Oktober lalu, membenarkan penahanan reman terhadap
ketiga-tiga lelaki itu berumur 34 hingga 39 tahun ditahan mengikut POCA selama
21 hari.
Reman 21 hari itu sepatutnya berakhir esok.
Bagaimanapun, pada 30 Oktober lalu, Majistret M Mageswary melanjutkan tempoh
tahanan reman selama 38 hari sehingga 6 Disember ini.
Terdahulu, Sri Ram berhujah perintah tahanan reman 14 Oktober lalu oleh
Mahkamah Majistret yang membenarkan penahanan pemohon selama 21 hari sehingga
3 Oktober ini mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297)
adalah tidak sah, tidak berasas, tidak mematuhi prosedur dan bersifat mal fide
(berniat jahat).
"Perintah penangkapan dan penahanan adalah di luar ruang lingkup atau skop
Akta Pencegahan Jenayah 1959 ini tidak terpakai kepada pemohon," katanya.
Sementara itu, Muhammad Sinti yang mewakili responden iaitu Pegawai Penyiasat
ASP Khairul Rairoz Rodzuan, Mahkamah Majistret, Ketua Polis Negara dan
kerajaan berhujah bahawa semua keperluan prosedur untuk tahanan mengikut POCA
sudah dipatuhi oleh pegawai penyiasat.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Shuib Sepahtu dipanggil SPRM
- Scammer Macau Scam akhirnya kantoi selepas pamer kemewahan di media sosial
- Puluhan kereta mewah Macau Scam dirampas, dikaitkan dengan Shuib Sepahtu
- Macau Scam: Mustahil selebriti, ahli perniagaan terlibat tidak tahu – SRPM
- Netizen seru boikot francais Shuib Sepahtu terlibat Macau Scam
- Netizen mula persoal jam tangan Shuib harga ratusan ribu, gaya hidup mewah
- Bubblebee tutup empat cawangan serta merta
- Macau Scam: ‘Datuk Seri’ panjat pagar SPRM cabut lari dari polis
- Datuk Seri berjaya lari dibantu dua pengawal
- Polis buru ‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM
- Macau Scam: Artis lelaki, wanita ada lebih 1 juta follower akan dipanggil SPRM
- Macau Scam: 10 lagi artis, selebriti akan dipanggil SPRM
- Ketua Macau Scam Alvin akhirnya diberkas
Join our Telegram Channel