Kuala Lumpur: Pelawak dan pengacara popular Nabil Ahmad, 37, mengesahkan dia
antara individu yang tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini bagi membantu siasatan
berhubung aktiviti pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam dan
perjudian dalam talian.
Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad ketika dihubungi berkata, tiada
apa-apa yang berlaku kerana dia tidak terbabit dengan kes ini.
"Kes ini sudah selesai. Mereka tanya berkenaan pembukaan kedai minuman Bubble
Bee di Seremban dan saya maklumkan ia belum beroperasi lagi.
"Selepas itu mereka terus tak tanya apa-apa lagi dan itu sahaja soalannya. Ini
kerana kalau tiada kedai buat apa nak siasat," katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu Harian Metro melaporkan lima selebriti termasuk seorang wanita
terdiri daripada pelakon, penyanyi dan pengacara tampil memberi keterangan di
Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya berkaitan aktiviti pengubahan wang haram oleh
sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian.
Ditanya tarikh sebenar kedai minuman kendaliannya itu akan beroperasi, Nabil
berkata, menyerahkan segala-galanya kepada Shuib Sepahtu.
"Tunggulah kes Shuib selesai baru akan diteruskan. Lagipun semua urusan
termasuk sewa kedai dia yang uruskan.
"Saya memang nak sangat buka kedai itu tapi tetap kena tunggu kesnya selesai.
Saya sangat simpati dengan Shuib.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Shuib Sepahtu dipanggil SPRM
- Scammer Macau Scam akhirnya kantoi selepas pamer kemewahan di media sosial
- Puluhan kereta mewah Macau Scam dirampas, dikaitkan dengan Shuib Sepahtu
- Macau Scam: Mustahil selebriti, ahli perniagaan terlibat tidak tahu – SRPM
- Netizen seru boikot francais Shuib Sepahtu terlibat Macau Scam
- Netizen mula persoal jam tangan Shuib harga ratusan ribu, gaya hidup mewah
- Bubblebee tutup empat cawangan serta merta
- Macau Scam: ‘Datuk Seri’ panjat pagar SPRM cabut lari dari polis
- Datuk Seri berjaya lari dibantu dua pengawal
- Polis buru ‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM
- Macau Scam: Artis lelaki, wanita ada lebih 1 juta follower akan dipanggil SPRM
- Macau Scam: 10 lagi artis, selebriti akan dipanggil SPRM
- Ketua Macau Scam Alvin akhirnya diberkas
- Macau Scam: Gopal Sri Ram, Gobind jadi peguam Addy Kana, dua polis
Join our Telegram Channel