Presiden PKR Anwar Ibrahim berjanji untuk melepaskan jawatannya sebagai
pengerusi Pakatan Harapan (PH) jika gagal membuktikan dia memiliki sokongan
majoriti di Dewan Rakyat kata empat ahli parlimen.
Bercakap kepada Malaysiakini, mereka yang enggan didedahkan identiti
masing-masing terdiri daripada wakil PKR dan DAP.
"Betul, betul. (Anwar) maklumkan kepada kami pada Khamis," kata seorang ahli
parlimen PKR.
Menurutnya, ikrar itu dilafazkan Anwar semasa pertemuan ahli parlimen
pembangkang dengannya selepas Belanjawan 2021 diterima pada bacaan kedua di
peringkat dasar Dewan Rakyat.
Ahli parlimen Port Dickson itu mengejutkan orang ramai selepas dimaklumkan
memberi arahan agar wakil pembangkang tidak cuba menguji Belanjawan 2021
melalui undian secara blok.
Berbeza daripada undian suara - yang ditentukan speaker melalui kumpulan mana
yang lebih lantang - undian secara blok dikira melalui sokongan yang diberikan
setiap ahli parlimen yang hadir.
Ia juga akan mendedahkan kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri
sama ada masih memiliki sokongan majoriti di parlimen atau sebaliknya.
Kebanyakan ahli parlimen pembangkang patuh kepada arahan Anwar namun mereka
kemudian mempersoalkan pendirian tersebut dalam pertemuan yang diadakan
selepas itu.
Untuk rekod semalam satu surat didakwa kononnya dikeluarkan pejabat Anwar
menjadi tular. Ia berisi kenyataan didakwa janji pemimpin itu untuk meletak
jawatan jika gagal membuktikan sokongan yang diterimanya.
Bagaimanapun surat itu kemudian disahkan palsu dan pejabat Anwar tidak pernah
mengeluarkan kenyataan tersebut.
Di sebalik pengesahan itu beberapa ahli parlimen memberitahu Anwar memang ada
berkata demikian.
Kata mereka, Anwar meminta tempoh seminggu untuk membuktikan sokongan yang ada
padanya sekali gus memungkinkan kerajaan Perikatan Nasional dijatuhkan.
Jika gagal, mereka mendakwa, Anwar berjanji akan meletakkan jawatan sebagai
pengerusi PH.
Belanjawan 2021 akan melalui bacaan kali ketika minggu depan. Di peringkat
jawatankuasa ia sekali lagi akan diuji melalui undian mengikut kementerian. –
Mkini
ARTIKEL BERKAITAN:
- Semua pencarum KWSP terjejas boleh keluar dari Akaun 1 sehingga RM10k – Tengku Zafrul
- Moratorium automatik kepada B40, M40 terjejas boleh mohon
- Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2021
- Ini senarai 13 orang MP yang tidak sokong Bajet 2021
- Biar mati berdiri daripada hidup melutut – Mukhriz
- Mahathir bengang MP pembangkang tak bangun
- Kita akan tolak Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa – Anwar
- Jangan risau, jika proses keluar KWSP 10k rumit, kita tolak Bajet 2021 – Najib
- Belanjawan 2021: Bukan 2, tapi 7 tuntutan Umno, BN dipenuhi
- Pemuda gesa DAP berpisah dengan Anwar arah tak bangun
- Benar bajet lulus bukti pembangkang iktiraf kerajaan PN – Dr M
- Salahuddin minta maaf, dah bangun duduk balik, Abang Mat yang suruh
- TERKINI: Anwar janji letak jawatan 7 hari selepas bajet 2021
Join our Telegram Channel